Luna Maya

Wanita ini datang temujanji klinik kerajaan sekali bila sampai klinik tutup. Ini respon pengarah kesihatan Kedah

Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah kesal dengan kejadian seorang pesakit didakwa telah diberi tarikh janji temu yang salah bagi pengambilan sampel darah untuk ujian makmal baru-baru ini.

RAKAMAN VIDEO ADA DI BAWAH SEKALI

Terdahulu, tular video di aplikasi TikTok memaparkan seorang pengguna yang tidak berpuas hati selepas diberi tarikh janji temu salah.

Beliau berkata, bagaimanapun sampel darah sudah diambil dua hari selepas kejadian iaitu pada Ahad.

“Jabatan ini juga sudah menghubungi pengadu dan memohon maaf atas kesilapan yang berlaku. Beliau menerima baik permohonan maaf berkenaan.

“Siasatan lanjut kini sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar insiden ini agar langkah penambahbaikan lebih khusus dapat diambil bagi mengelak ia berulang,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, pihaknya sudah memulakan siasatan dan memandang serius insiden yang didakwa berlaku menerusi video tular yang dimuat naik di TikTok pada Jumaat lalu bertajuk ‘jururawat kerajaan menyusahkan pesakit itu’.

Penerangan dari pengadu :

Untuk pengetahuan semua, saya pergi klinik waktu ni dalam pukul 8.30 pagi. Kalau klinik dekat Kedah memang saya tahu tutup Jumaat & Sabtu.

Tapi disebabkan SN marah saya tak bagi tukar ke hari Ahad & dia suruh ikut jugak tarikh appt hari Jumaat, saya husnuzon mungkin lab bukak.

Sekali sampai sana, KOSONG. Klinik & lab tutup. Yg buka cuma khemah di luar klinik, itu pun untuk ibu & baby. Yg lain semua TUTUP yaa

Saya berjumpa sendiri dengan Sister dekat entrance. Sister pun hairan kenapa depa bagi tarikh appt Jumaat sedangkan SN situ semua orang lama.

Ini reaksi Netizen :

Tonton Video : SILA KLIK DI SINI

Sumber Kosmo, Tiktok Sasya Aina

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *