Luna Maya

Ditangkap khaIwat bersama wanita lain, Alasannya bergaduh dengan Istri kat rumah

Alor Setar: Seorang lelaki memberi alasan bergaduh dengan isterinya lalu menumpang di rumah rakan wanitanya sebelum mereka dicekup berkhalwat di sebuah rumah di taman perumahan di Teluk Bagan, Tandop, di sini, tengah malam tadi.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik), Syeikh Radzi Abdul Mutalib berkata, mereka dicekup berkhalwat pada 12.10 tengah malam oleh sepasukan anggota dari Pejabat Agama Daerah Kota Setar yang diketuai Abdul Rahim Abu.

Beliau berkata, serbuan dilakukan berdasarkan maklumat awam yang diterima pihaknya berhubung kegiatan maksiat di rumah wanita berkenaan.

“Hasil pemeriksaan mendapati mereka gagal mengemukakan sebarang bukti mempunyai hubungan mahram atau suami isteri dan disyaki melakukan maksiat.

“Lelaki berusia 35 tahun itu bekerja sebagai penjawat awam serta dalam proses bercerai dengan isterinya dan mempunyai tiga anak.

Wanita itu pula masih bujang dan juga penjawat awam berusia 29 tahun,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

“kesian nya isteri jadi mangsa atas maksiat dia buat..ye la mungkin isteri tu suri rumah yg jaga ank2 dia..tgk dalam ni perempuan ni kerja so ade la masa depan kot..kesian isteri di persalahkn..” – CT Aqiel

“Iyelah tu gaduh ngn isteri…wahai suami²,kalu dah berlaku curang, jgnlah bg alasan isteri punca sgala’y..boleh mendatangkn fitnah plak..reflex pd diri sendiri..kkdg salah tu dtg dr siri sendiri…” – Lana

“Punca isteri juga dijadikan alasan atas maksiat suami…dah2 la tu,mgaku je diri tu dh tlanjur curang pd isteri n ank2…yg penting lps ne,seandainya bcerai jgn lupa nafkah utk isteri n ank2 ….almaklum sblm nk nikah dgn perempuan tu benda yg penting dahulukan ank2 jgn skadar memenuhi nafsu tlupa Kwajiban..” – Lela

“Ya Allah tk takut ka… Dengn covid sekrng nihh berani lagi buat maksiat kesian anak istri kat rumah… Bertaubatlah wahai manusia” – Nisa

“Kelahi dgn bini..bentang sejadah. Serah diri dgn Tuhan. Mintak petnjuk…tobat.Bukan p cari betina lain..bentang dosa buat maksiat.” – Cikpah

“pasti ada balasan utk spesis Binatang yg suka ganggu rmhtgga org mcm betina status bjg tu..lmbt atau cepat pasti ada !!” – Lily

Radzi berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 25 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014.

Beliau berkata, sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Sumber HM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *