Siapa sangka niat sebuah keluarga untuk menziarahi kubur berakhir dengan tragedi apabila mendapati kenderaan yang dinaiki telah berlaku sesuatu mengejutkan.
RAKAMAN VIDEO ADA DI BAWAH SEKALI
Dikatakan kejadian tersebut berlaku di Tanah Perkuburan Lipat Kajang, Klang semasa ahli keluarga berkenaan sedang menziarahi kubur dan mendapati keadaan kereta tidak terurus.
Kereta Dirompak
Menerusi perkongsian Fathiah Mohd di laman sosial Twitter, mangsa tidak sengaja tertinggal beg tangan di dalam kereta dan perompak memecahkan tingkap kereta mangsa untuk mengambil beg tangan.
Berdasarkan maklumat yang diberi, wang berjumlah RM8000 berserta beberapa dokumen penting dapat dilarikan oleh perompak dalam kejadian berikut.
Beralih ke ruangan komen, rata-rata netizen berasa marah terhadap perompak dan berasa simpati dan berharap agar mangsa tidak meninggalkan sebarang jenis barang berharga di dalam kereta kerana perbuatan itu berbahaya dan boleh menarik aktiviti-aktiviti jenayah.
“Kecuaian diri sendiri membuka peluang kepada Penjenayah! Mereka tak kira hari atau bulan nak buat Jenayah, ada peluang, balun je!! Tengoklah macamana Pemimpin2 Negara yang menyangak dan menyeleweng Dana Negara dan 1MDB bersama keluarga dan kroni2nya semasa berkuasa mana fikir Dosa dan Pahala!! Ada peluang balun je!!” – David
“Pepatah org² lama..jerat tak pernah lupakn pelanduk …jd kita yg kena beringat..kat kota suci Mekah dn Madinah pun, pantang alpa, ada je benda hilang, jd apa lh sgt klu setakat kat kubur..Sbb tu pesan awal² pd ank2, teman² malhn amalkn saling berpesan, bila nk keluar kereta, jngn tinggalkn apa² yg bolh menarik perhatian pihak yg tak diingini..kdg beg xde duit sesen pun..beg isi quran yg tertinggal sbb tuan punya sangka xde org berminat pun, jd punca cermin kereta kena pecah..” – Nuraz
“Bukan sahaja di tanah perkuburan tersebut tetapi di maajid yang bersebelahan tanah perkuburan itu selalu berlaku rompakan dengan memecah kenderaan.” – Norziah
Tonton Video Sila Tekan View Di Bawah :
Allahuakhbar. Kami nak pergi kubur je tapi kereta kena rompak. Astaghfirullahalazim. Saya minta tolong jasa warga twitter tolong cari kerja siapa ni. Dalam bag ada macam2 document penting. Tolong share… pic.twitter.com/rwvjwQFkWg
— Bulan (@fathiahmohd) April 29, 2022
Sumber Media