Sempena Kawalan Pergerakan di bawah Pelan Pemulihan Negara, baru baru ini di media sosial telah tular isu bendera putih, rata – rata menyokong usaha untuk mengangkat bendera putih jika mengalami kesusahan atau memerlukan bantuan.
Melalui perkongsian di page FB Malakat Tribune gambar seorang lelaki yang kudung tangan sejak dilahirkan telah tular, kerana mengangkat bendera putih. berikut adalah perkongsian Malakat Tribune:
Mohd Nor Abdullah atau lebih dikenali ‘Dek Mat’ yang tiada kedua-dua tangan sejak lahir terpaksa mengibarkan bendera putih di tingkap bilik sewanya di sebuah rumah kedai di Cheras (berdekatan LRT Cheras) untuk mendapatkan bantuan bagi meneruskan kelangsungan hidup dalam tempoh Kawalan Pergerakan di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Dek Mat, 29 yang sebelum ini berdikari mencari pendapatan sendiri dengan berniaga nasi lemak kini terpaksa berhenti seketika kerana kurang pelanggan selain mengaharapkan bantuan bulanan dari Baitulmal dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Jika ada yang ingin menghulurkan bantuan boleh hubungi dan boleh sumbang terus ke nombor akaun bank beliau seperti di bawah
017-2650700
1415829000055970
BSN
MOHD NOR BIN ABDULLAH
Melihat di ruang komen, kebanyakkan netizen ada membuat sendikit sumbangan untuk kemudahan Dek Mat



Sumber: Facebook Malaket Tribune via ChanelPelik.