JIKA sebelum ini lantang mempertahankan Mak Wan Latah daripada tohmahan susulan kes penceraiannya April lalu, kini bekas pengurus peribadi pelakon veteran itu tampil membongkar sikap sebenar artis itu di laman sosial.
RAKAMAN VIDEO ADA DI BAWAH SEKALI
Wanita dikenali sebagai Amell berkongsi beberapa video yang memperlihatkan sisi lain aktres itu yang didakwanya panas baran.
Berdasarkan salah satu video yang dimuat naik, kelihatan seorang wanita mirip Mak Wan atau Halimaton Saadiah Mohd Daud, 61, dilihat seumpa sedang bertengkar dengan seorang lelaki tua dipercayai bekas suaminya sambil menendang pintu.
Tujuan saya dedahkan video tersebut kerana tidak mahu orang lain terkena sama seperti saya. Selama ini saya banyak simpan rahsia dia walaupun pernah dimaki hamun ketika di set penggambaran.
Saya anggap dia seperti ibu sendiri dan menjaga dia kerana sebelum ini dia katakan dibuang keluarga sendiri.
Amell turut memberitahu akan membuat satu lagi laporan polis di Ampang dalam masa terdekat berhubung kehilangan barang kemasnya.
Sebelum ini, nama Mak Wan menjadi sebutan apabila perkahwinan yang dibina bersama Husain Dollah tidak bertahan lama apabila lelaki itu melafazkan cerai terhadapnya hanya selepas tiga bulan mendirikan rumah tangga.
Pasangan itu berkahwin pada 22 Januari lalu di Pejabat Agama Islam Ipoh, Perak dan bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada 21 April 2022.
Husain ketika mengulas perceraian itu kepada mStar menyifatkan perkahwinan itu sebagai episod hitam dan mendakwa berada dalam keadaan tekanan disebabkan sikap Mak Wan yang disifatkan keterlaluan dan tidak menghormatinya sebagai suami.
Tonton Video 1 : SILA KLIK DI SINI
Tonton Video 2 : SILA KLIK DI SINI
Sumber Mstar