Luna Maya

“Nak malu apa kaIau dapat wanita berisi?” – Pemuda tak kisah fizikal kekasih, janji setia dan ikhlas

Dalam menjalani hubungan cinta, ia pasti lebih bermakna sekiranya tidak bersandarkan fizikal atau paras rupa semata-mata. Maklumlah, semua itu bukan penentu kebahagiaan sebaliknya adalah kesetiaan dan kejujuran.

RAKAMAN VIDEO ADA DI BAWAH SEKALI

Bagi seorang pemuda Hazran Man, dia tidak segan mempunyai teman wanita yang memiliki fizikal agak berisi apabila memuat naik beberapa video menerusi platform TikTok miliknya, baru-baru ini.

Menurut Hazran, soal malu perlu ditolak tepi selain mengutamakan sifat setia dan tanggungjawab bersama pasangan hingga ke akhir hayat.

“Malu apa dapat perempuan gemuk kalau dia boleh setia dan jaga kau sampai mati,” katanya yang mempunyai 533,400 pengikut di TikTok.

Menerusi rakaman berdurasi 24 saat itu, dia yang juga duda anak satu tidak kekok melayan kekasihnya Nor Sabrina di tempat awam meskipun terdapat ‘mata-mata’ yang memandang serong terhadap mereka.

“Nak malu apa kaIau dapat wanita berisi?” – Pemuda tak kisah fizikal kekasih, janji setia dan ikhlas

Selain itu, Hazran juga berseloroh dengan menyifatkan wanita berisi lebih pandai membahagiakan lelaki sepertinya sekali gus dapat melengkapi antara satu sama lain.

Video tersebut mendapat sambungan hangat apabila meraih 1.4 juta tontonan dan lebih 7,000 komen netizen dimana rata-rata mengagumi cinta sejati pasangan itu yang sudi menerima kekurangan masing-masing.

Bestnya pasangang menerima kekurangan

Janji ikhlas, zaman skrg tak macam dulu

Susah nak cari laki macam ni

Harap bukan konten semata

“Jatuh hati dekat motor sudah biasa, jatuh hati dekat awak tuh yang luar biasa” Ujar Hazran

“Lelaki tertarik kerana rupa, bertahan kerana perangai..yg dok memekak psal rupa org tu,sbenarnya dia jeles.. dia lawa tp single, xlaku2,xdk laki nk ngorat dia sebab memilih,demand sgt, perangai buruk, mulut capoi.. Mmg Padan la single,pastu dok mngata fizikal org..” – Balqis

“Faktor fizikal bukan ukuran utk bahagian…yg menentukan kebhagia adalah kepercayaan antara satu lama lain.. insyallah…” – Hellina

Tonton Video KLIK SINI

Apa pendapat anda? Sila kongsikan di bahagian komen.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Ya. Anda Juga Boleh Membaca Artikel Menarik Di Bawah

Sumber: OMM, TikTok @hazran_man

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *