Luna Maya

“Damailah Di Sana Wahai Permaisuriku,” Hanya 7 Bulan Hidup Brsama, Suami Reda lsteri ‘Pergi’ Akibat Kannsser

Tidak dinafikan kehilangan orang yang kita sayang merupakan satu momen ‘pahit’ untuk diterima. Tambah-tambah lagi bila pasangan tercinta pergi buat selamanya. Namun, sebagai hambaNya, kita perlu akur dan redha dengan pemergian tersebut.

Inilah situasi yang telah dialami oleh seorang suami yang kehilangan isteri tercinta baru-baru ini akibat penyakit kanser. Kisah pengorbanan dan pengalaman Mohamad Dy menjaga isterinya buat kali terakhir sangat meruntun hati pembaca, kisahnya ini dikongsikan di laman Facebooknya.

Al-fatihah buat Siti Rodziah

CORETAN ringkas untuk insan yang paling ku sayang, namun Allah SWT lagi menyayanginya.. Insan yang sentiasa tersenyum di kala setiap duka..lantunan suaranya mampu meruntuhkan ego ku..tiap tutur katanya yang tersusun membuatkan orang sekelilingnya selesa dengannya…setiap penderitaan kamu dek kerana penyakit, Allah kurniakan kamu kekuatan..dan kasih sayang orang yang kamu sayang disekelilingmu…dan sudah sampai masanya kamu menjadi sihat semula di alam sana…

Sayang, tahukah kamu, daun yang gugur tercatat nama kamu, kamu harus pulang ke sana manakala kami semua masih perlu meneruskan hidup. Tiada siapa yang tahu ajalnya. Namun semua dah ditetapkan..kita kena yakin dan percaya..allah tidak pernah silap dalam percaturannya..kita hanya menumpang di bumi ini…jika harta menjadi ukuran, maka Qarun lah yang berjaya, jika kekuasaan yang menjadi ukuran, maka Firaun lah yang berjaya.

Namun, semua itu tidak dapat menghalangi kamu daripada ajal kamu walaupun kamu membina benteng paling kuat di dunia agar kamu boleh terus hidup…kami sedar. Kehadiranmu hanya suatu persinggahan dan kamu akan pergi untuk kehidupan yang lebih sempurna…

Tempoh perkahwinan kurang dari 12 bulan…

Menurut Mohamad Dy, tempoh perkahwinannya bersama isteri hanya selama 7 bulan. Dalam tempoh tersebutlah, isteri tercintanya menghidap sejenis kanser yang sangat ‘aggresive’. Nama kanser ini adalah Advanced Metastatic Gastric Adenocarcinoma.

Ingatkan hanya fibroid atau cyst rupanya….

Arwah meninggal sebab kanser perut tahap 4. Dia mula sakit bulan 3. Time tu bukan sakit kat perut tapi sakit kat ovari. Pergi klnik pakar, dia kata fibroid atau cyst sehingga kena rujuk pada hospital. Pergi hospital kata kena bedah untuk tengok dan pastikan masalah yang berlaku.

Bila dah bedah, dia tengok dua-dua ovari memang bengkak dan bukannya fibroid atau cyst. Dia ambil sampel kat bahagian usus pun ada macam infection. Jadi dokyor ambil sample kedua-duanya dalam 2 minggu result keluar. Punca ovari bengkak bukan daripada ovari tapi bahagian lain. Lepas itu pergi hospital, check dengan pakar bedah perut, masuk skop apa smua ada macam ketulan kat bahagian usus, amik sample dan kuar result ianya adalah kanser.

Rupanya kanser tu dah merebak ke bahagian usus kecik, arwah tak boleh makan dan minum..kalau makan atau minum akan muntah semula. Jadi, depend kepada susu nutrient (TPN).

Ni alat rawatan dan susu nutrient.. nak sediakan pun ada cara-caranya.

Yang, abang telah sempurnakan tanggungjawab abang di saat kita disatukan dalam satu ikatan perkahwinan, abang gembira dapat merawat sayang. Dua kali seminggu ulang alik ke hospital untuk appointment doktor dan ambil susu nutrient…sampailah di saat akhir sayang menghembuskan nafas terakhir abang bisikkan syadah di telinga kanan sayang..

“Sungguh hati ni bagai ditusuk atas pemergian sayang”

Abang gembira dapat mandikan sayang, abang gembira dapat kafankan sayang..abang gembira dapat solat jenazah untuk sayang dan kebumikan sayang. Sungguh hati ni bagai ditusuk atas pemergian sayang. Namun, apalah daya ini insan yang tidak punya apa-apa.

Kita semua akan menuju ke sana..tidak kira cepat atau lambat..setiap yang bernyawa pasti akan mati…abang redha atas pemergian sayang…tiada dosa pun dengan abang..malah sayang alirkan pahala untuk abang setiap kali abang berbakti merawat sayang…damailah di sana wahai permaisuriku, bidadariku, isteriku.

Sesungguhnya, Allah lebih menyayangimu dan ingin kamu berehat dengan tenang di sana.. segala urusan duniamu, insyaallah abang akan selesaikan sebaik mungkin.. salam dari kejauhan untuk insan yang bergelar isteri…

Semoga orang ramai dapat mendoakan arwah isterinya dan kisah ini dapat memberi inspirasi kepada pembaca di luar sana.

Sumber: Mohamad Dy

Leave a Reply

Your email address will not be published.