Luna Maya

Terkini- Tidak sampai 24jam wanita hiina lsIam ditahan, Pihak poIis dedah keadaan wanita ketika ditemui

PELAWAK wanita yang mencipta kontroversi dengan menanggalkan baju kurung dan tudung sewaktu melakukan persembahan komediri (stand up comedy) baru-baru ini, tampil dengan satu lagi video baharu yang dimuat naik di laman sosial.

RAKAMAN VIDEO TERBARU ADA DI BAWAH SEKALI

Seperti tidak terkesan dengan kecaman ramai, wanita bernama Siti Amira Natasya Abdullah muncul dalam video secara solo dan menceritakan mengenai latar belakang dirinya.

“Ramai yang mesej minta share sedikit diri pasal saya,” katanya pada permulaan video berkenaan.

“Sekarang saya masih bekerja sepenuh masa, dan dalam masa yang sama belajar bidang undang-undang secara part-time.

“Selain ini itu saya sedang berjinak-jinak menjadi seorang comedian. Anda boleh tunjukkan sokongan kepada saya, sila kongsi video,” ujarnya sebelum mengakhiri video tersebut.

Sehingga kini video yang dimuat naik di akaun TikTok Siti Amira Natasya itu meraih sehingga lebih 11,000 jumlah tontonan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tampil menyelar wanita berkenaan dengan ada yang mempersoalkan mengenai penerimaan serta reaksi keluarganya selepas penularan video berkenaan.

Selain video berkenaan, wanita tersebut kemudian memuat naik video berasingan namun kali ini penampilannya sedikit berbeza apabila mengenakan hijab.

Menerusi video terbaharu itu, dia berkongsi pengalamannya ‘berdating’ dengan lelaki yang dikenali menerusi ‘dating apps’.

Pada Sabtu, tular video memaparkan Siti Amira mempersendakan Islam ketika membuat persembahan komediri di sebuah kelab di Kuala Lumpur.

Wanita itu pada mulanya tampil mengenakan pakaian sopan dan mengakui pernah menghafal ayat al-Quran sebanyak 15 juzuk, namun kemudian dia mula menanggalkan pakaiannya dan memperlihatkan pakaian seksi yang dipakai di bahagian dalam.

Susulan itu, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) memaklumkan sedang menyiasat video berkenaan dan tidak akan berkompromi dengan perbuatan mempersendakana agama Islam.

Terbaru, wanita kontroversi ini telah pun ditahan oleh pihak berkuasa petang tadi.

Setiausaha Polis Malaysia (SUPM) Polis Diraja Malaysia (PDRM) Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata, wanita itu reman selama tiga hari bagi membantu siasatan.

“Suspek ketika ini direman selama tiga hari di ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Pada Sabtu, rakyat Malaysia dikejutkan dengan penularan sebuah video memperlihatkan seorang pelawak wanita menghina Islam dengan menanggalkan tudung serta pakaiannya ketika melakukan persembahan komedi berdiri.

Sebelum melakukan aksi tidak senonoh itu, wanita itu memberitahu penonton bahawa dia berbangsa Melayu dan beragama Islam serta telah menghafal 15 juzuk al-Quran.

Terdahulu, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dilaporkan menjalankan siasatan awal berhubung video berkenaan yang didakwa menghina agama Islam.

Pengarah Jawi Datuk Mohd Ajib Ismail berkata, pihaknya menyedari penularan video berkenaan dan siasatan awal telah dijalankan oleh bahagian penguatkuasaan.

Di bawah Seksyen 7 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997, menghina atau menyebabkan penghinaan terhadap Islam adalah satu kesalahan.

Dan mereka yang didapati bersalah boleh didenda sehingga RM3,000 atau penjara sehingga dua tahun, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Laporan polis telah dibuat pada 9 Julai berhubung video yang disiarkan di TikTok dan kes itu disiasat oleh Unit Siasatan Khas Bukit Aman.

Kes disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan kerana menimbulkan perpecahan dan mencetuskan kebencian dalam kalangan rakyat serta di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia kerana menyalahgunakan kemudahan rangkaian.

Sumber Mstar, HM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *