Luna Maya

‘Malam janji jumpa, hari ini anak sudah tiada’ – lbu tidak dapat menahan sebak kehilangan anak tersayang

KUANTAN – Dua termasuk seorang wanita maut selepas kereta dinaiki terbabit kemalangan dengan sebuah treler di Kilometer 126 Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1) di Temerloh pada awal pagi Khamis.

RAKAMAN PENUH ADA DI BAWAH SEKALI

Mangsa yang maut dipercayai pemandu dan penumpang kereta jenis Perodua Myyi dikenali sebagai Tan Wee Li, 39 dan Nur Susilawati Che Deraman, 35.

Pemandu dan penumpang treler dilapor selamat.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian jam 2.47 pagi.

Menurutnya, susulan maklumat itu, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Temerloh ke lokasi untuk bantuan kecemasan.

KEMALANGAN MYVI DAN TRELER MERAGUT 2 NYAWA DI KM 126 LEBUHRAYA PANTAI TIMUR

28.7.2022/02:47:52

2 mangsa terdiri daripada lelaki dan wanita dewasa dilaporkan maut dalam kemalangan yang membabitkan sebuah kereta Produa Myvi dan sebuah Treler di KM126 Lebuhraya Pantai Timur menghala ke Timur awal pagi ini. Pusat Gerakan Operasi menerima panggilan kecemasan pada jam 02:47 pagi ini sebelum mengarahkan sepasukan Bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Temerloh hadir ke lokasi bagi operasi penyelamatan.

Komander Operasi PBKII SHARIN NAZMIN BIN GHAZALI melaporkan 2 mangsa yang berada di dalam kereta Myvi tersepit dan telah disahkan meninggal dunia oleh pihak KKM manakala 2 lelaki dewasa yang menaiki Treler didapati selamat. Pasukan Bomba seramai 6 keanggotaan kemudiannya melakukan operasi mengeluarkan mangsa yang tersepit menggunakan peralatan menyelamat sebelum diserahkan kepada pihak Polis untuk tindakan lanjut. Mangsa yang terkorban dikenali sebagai Tan Wee Li, 39 dan Nur Susilawati binti Che Deraman, 35 masing beralamat di Kuala Lumpur dan Kuantan.

“DAH JANJI NAK JUMPA”

Hasrat seorang ibu untuk berjumpa anaknya bagi membincangkan mengenai hal keluarga tidak kesam­paian apabila mang­sa maut dalam nahas di Kilometer 126, Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) 1 di sini kelmarin.

Kamariah Mamat, 64, berkata, kali terakhir dia bercakap dengan arwah pada pukul 9 malam, kira-kira lima jam sebelum kejadian yang meragut nyawa anak perempuannya itu.

“Pada sebelah pagi (sehari sebelum kejadian), saya ada menghubunginya tetapi tidak berangkat. Pada malamnya, dia menelefon saya tetapi kami tidak bercakap panjang kerana dia (arwah anak) beritahu mahu berjumpa dan pergi makan bersama hari ini (kelmarin).

“Memang sedih kerana malam tadi dia berjanji akan berjumpa, tetapi pagi ini (kelmarin) dia sudah tiada. Saya reda,” katanya ketika ditemui di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah di sini kelmarin.

Menurut Kamariah, mangsa yang merupakan ibu tunggal dan mempunyai empat anak tinggal di Bukit Setongkol, Kuantan.

Jenazah arwah dibawa ke Kuantan dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Padang.

Kosmo! semalam melaporkan seorang pemandu dan penumpang Perodua Myvi maut selepas kereta itu melanggar belakang sebuah lori di Kilo­meter 126, LPT1 kelmarin.

Mangsa yang maut dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 pagi itu ialah pemandu kereta, Tan Wee Li, 39, dan Nur Susilawati Che Deraman, 35, yang berada di tempat duduk penumpang hadapan.

Salam takziah
Al-fatihah (dibaca)
بِسْم ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞ صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞ امين

Semoga Allah terima segala amalan arwah dan mengangkat darjatnya disisi Allah,
Semoga pemergian arwah menjadi kerehatan sebenar dari urusan dunia,
Semoga dilindungi dari seksa kubur dan semoga roh arwah ditempatkan dikalangan para solehah,

Allahumma Solli Ala Sayyidina Muhammad.
Amiin Amiin Amiin..

Ucapan Takziah Kematian
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman…. Aaamiin Ya Robbal Aalamiin..

Sumber Kosmo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *