Luna Maya

VIDEO: Cikgu Kahwin Dengan Ex Student Sendiri, Walaupun Beza Umur 10 Tahun

Bila cakap soal jodoh ni, kita tak nak pastikan siapa yang bakal jadi peneman hidup kita nanti. Kadang-kadang tu kawan sendiri, ada juga kekasih yang dah lama kenal, dan ada sesetengah kisah tu pula berkahwin dengan anak murid sendiri.

VIDEO DI BAWAH SEKALI

Macam kisah yang min nak kongsi kalini, siapa sangka kena hantar posting bertugas sebagai guru jauh dari kampung halaman ni menyatukan sebuah pasangan pada akhirnya. Suwit gittuww..

Cikgu asal Terengganu posting ke Sarawak

Menerusi kisah yang viral baru-baru ini di media sosial, seorang lelaki berkongsikan kisah manis dia bertemu suri hatinya.

Melalui posting yang dimuat naik di akaun TikTok @mat_din official ini, lelaki tersebut yang dikenali sebagai Cikgu Din menceritakan bahawa dia yang berasal dari Terengganu itu telah dihantar bertugas sebagai guru di Sarawak.

Semasa bertugas di sana, Cikgu Din mengenali dengan seorang gadis yang juga anak muridnya. Tapi masa tu memang hubungan mereka hanya sebagai guru dan pelajar.

Namun apa boleh buat kalau dah jodoh kan, walaupun jarak umur sejauh 10 tahun gadis tersebutlah yang jadi peneman hidup Cikgu Din dan pada 12 Julai yang lalu, mereka telah selamat disatukan.

Posting Cikgu Din dah dapat perhatian ramai, dan sehingga kini video tersebut dah meraih lebih dari 1 juta views.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bagaikan tak percaya dengan kisah Cikgu Din ini serta ada juga yang nak tahu lebih lanjut siapa yang confess dulu. Namun ramai juga yang berkongsi kisah nakal mempunyai minat terhadap cikgu masing-masing dulu.

Antara komen netizen

kami nak tahu siapa yg luah dulu

Saya dulu minat ngn guru besar

umi saya dan abah pon dulu student&teacher

Apa pendapat korang? Korang pun pernah ada crush dekat cikgu dan sekarang dah kahwin ke?

 

sumber lobakmerah & cik_dien92

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.