Luna Maya

Video : Cabut gelang pink sbb nak keluar bersiar, gadis terima padah dikompaun RM5000

Video tular menunjukkan seorang gadis memotong gelang pink untuk bersiar-siar telah mendapat reaksi negatif terutamanya di media sosial.

Dalam perkongsian yang dibuat oleh akaun Twitter @naffz_ selepas memuat naik kembali video yang diperoleh daripada satu akaun TikTok jelas kelihatan gadis itu menanggalkan gelang yang dipakai dan memasukkannya ke dalam beg tangan.

RAKAMAN VIDEO DI BAWAH SEKALI

Video yang dipercayai dirakam oleh rakannya sendiri mendapati dia sepatutnya sedang menjalani  kuarantin kendiri susulan kilang tempatnya bekerja terdapat kes positif Covid-19.

Walau bagaimanapun, menerusi Harian Metro, remaja perempuan itu telah dikompaun RM5,000 susulan tindakan berbahayanya itu.

Menurut Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Osman Mamat, tindakan kompaun telah dikeluarkan selepas video remaja berusia 17 tahun itu tular di media sosial.

Hasil siasatan polis mendapati kejadian itu berlaku di Kamunting di sini.

“Selepas mengenalpasti video itu, polis berjaya mengesan lokasi remaja terbabit yang didapati menanggalkan gelang kuarantin tanpa kebenaran Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
“Remaja terbabit menjalani ujian calitan pada Sabtu lalu dan keputusannya masih belum diperolehi.
“Difahamkan ketika kejadian itu, dia dikatakan hanya singgah di rumah rakannya di kawasan berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan. katanya.

Video : Cabut gelang pink sbb nak keluar bersiar, gadis terima padah dikompaun RM5000

Video yang tular tersebut memperlihatkan seorang gadis yang memakai topi keledar sambil menunjukkan gelang pink yang dibuka dan dimasukkan ke dalam beg sebelum keluar bersiar-siar.

Netizen mempersoalkan tindakan gadis tersebut

.

Tindakan tidak bertanggungjawabnya itu telah mendapat kecaman daripada warganet susulan berang melihat perkara kurang bijak yang dilakukan ketika negara sedang bergelut menurunkan kadar jangkitan pandemik Covid-19.

Tonton Video :

Sumber: Harian Metro (Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi), OhMyMedia, Twitter @naffz_

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *