Luna Maya

Caprice kembali ke tanah air, dikawal polis?

Kuala Lumpur: Beberapa jam selepas memuat naik video di Instagram dia selamat tiba di tanah air dan dibawa menaik van putih yang tertera logo Polis Diraja Malaysia (PDRM), penyanyi rap kontroversi, Caprice, 33, kemudian bertindak memadam video itu.

RAKAMAN VIDEO DI BAWAH SEKALI

Hantaran video itu memperlihatkan Caprice yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), malam tadi diberi semburan nyah kuman oleh petugas kesihatan yang lengkap dengan sut pelindung peribadi (PPE) sebelum dia menaiki van putih dipercayai milik PDRM.

Back in KL! TQ pihak-pihak yang bantu Caprice tadi. Alhamdulillah. It feels good to be back home,” tulisnya di Instagram.

Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli sebelum itu berada di Mesir lebih dua bulan atas nama misi kemanusiaan.

Caprice meninggalkan Malaysia untuk misi ke Gaza, Palestin pada 23 Jun lalu.

Bagaimanapun, dia tidak mendapat kebenaran memasuki Gaza daripada kerajaan Mesir dan kemudian meneruskan misinya dari Jordan.

Kontroversi mula tercetus membabitkan dia dengan pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew apabila dia ingin mendedahkan sesuatu mengenai kehadiran Ebit bersama pasukannya di Gaza.

Dia turut memaklumkan akan membuat pendedahan pada 21 Julai lalu tetapi dibatalkan atas alasan susulan laporan polis yang dibuat terhadapnya.

Caprice turut meminta maaf kepada pemimpin dan seluruh rakyat Malaysia di atas segala kesilapannya dan mengakui dia terlalu beremosi dalam usaha menjalankan misi bantuan ke Gaza.

Caprice turut mendedahkan dia mempunyai perancangan bersama Ebit untuk melepasi sempadan Gaza, bersama-sama. Namun, ia tidak dapat dilakukan kerana campur tangan pihak lain.

Dalam Diam Caprice Buat Lagu Jih4d Macam Nak Jalankan Misi, Shoot Muzik Video Di Padang Pasir Naik Range Rover

Setelah hampir tiga bulan berada di Mes1r, penyanyi rap terkenal, Caprice dikatakan bakal mengeluarkan sebuah lagu yang dihasiklkan di sana sebelum berangkat pulang ke Malaysia pada hari ini.

Caprice kembali ke tanah air, dikawal polis?

Difahamkan penyanyi berusia 33 tahun itu ada mengeluarkan sebuah lagu berjudul ‘Tiger of AlQuds’. Lagu tersebut berkisarkan mengenai jihadnya yang hendak ke P4l3st1n3.

Dalam masa yang sama, Caprice turut memuat naik instastory yang memaparkan beberapa adegan dalam muzik video barunya itu. Beberapa adegan di padang pasir sambil memegang bendara dapat disaksikan menerusi muzik video itu. Perkongsian tersebut bagaimanapun menerima kecaman pengguna media sosial yang mendakwa ianya bertentangan dengan tujuan asal penyanyi itu yang mahu membantu penduduk P4l3st1n.

Caprice kembali ke tanah air, dikawal polis?

Menerusi Telegram miliknya, Caprice memberitahu bahawa dia akan pulang ke Malaysia setelah hampir dua bulan setengah berada di sana. Perkongsian terbaru di IG story menunjukkan dia telah pun menaiki penerbangan pulang ke Malaysia sebentar tadi.

Salam Malaysia! Alhamdulillah setelah dua bulan setengah, mungkin pengembaraan yang paling gila sejauh ini, akhirnya saya akan pulang ke Malaysia.

Dalam pada itu, Caprice turut meminta maaf atas kelewatannya kerana dia memerlukan sedikit masa untuk menyelesaikan perkara dalam misinya.

InsyaAllah selepas Caprice sampai Malaysia, Caprice akan kuarantine 10 hari sebelum menguruskan tempahan barangan serta meneruskan perniagaan yang dah lama tert4ngguh.

Caprice kembali ke tanah air, dikawal polis?

Caprice kembali ke tanah air, dikawal polis?

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber Harian Metro, Ohbulan, AstroBaru

Leave a Reply

Your email address will not be published.