Luna Maya

“Bukan nak kata Namie tak bagus tapi..” Setelah Datuk Awie Tetap Pertahan Pemilihan Shiha sebagai SuperstarPalingGempak Final MLS3, Namie Ubi Tampil Bersuara

Kuala Lumpur: Ketua Juri Muzikal Lawak Superstar 3 (MLS3) Datuk Awie mempertahankan pemilihan Shiha Zikir sebagai pemenang Superstar Paling Gempak Musim Ini di pentas final MLS3 yang berlangsung di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, di sini, malam tadi.

Pentas final MLS3 berlangsung sengit menyaksikan persaingan empat kumpulan iaitu UBI, CILI, BAHROY dan OOD.

UBI dan Cili bersaing hebat yang menyaksikan UBI bergelar juara. Bagaimanapun peminat agak hampa apabila Namie dari UBI gagal meraih gelaran yang menjadi milik Shiha itu.

Sementara itu, Namie menjelaskan dia tidak kecewa dengan apa yang berlaku kerana sudah mengikuti MLS dari musim pertama lagi.

Saya tengok setiap kali pemilihan Superstar semuanya yang paling menonjol pada setiap minggu.

Untuk saya sendiri, ada minggu saya jadi ‘feeder’ berbanding Shiha yang jadi killer setiap minggu.

Keputusan MLS3 menyaksikan kumpulan UBI muncul juara diikuti kumpulan CILI di tempat kedua.

Sementara BAHROY dan OOD masing-masing menduduki tempat ketiga dan keempat.

Sumber HM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *