Luna Maya

Netizen Berpuas Hati, Suspek Terlibat Video Prank Tarik Tudung Akhirnya Terima Padah Ditahan Polis, Ini Tindakan Yg Bakal Dikenakan

Kemunculan-kemunculan YouTuber dengan pelbagai konten di media sosial sememangnya menjadi satu tontonan baru buat generasi muda.

RAKAMAN VIDEO ADA DI BAWAH SEKALI

Sebagai pembuat konten, seharusnya para YouTuber lebih peka dalam memuat naik sesuatu kandungan kerana boleh sahaja ditiru oleh golongan remaja ataupun kanak-kanak.

Tarik tudung wanita tak dikenali

'Saya buat content je' - YouTuber Sengaja Tarik Tudung Wanita Tak Dikenali Demi Konten Gempak Akhirnya Menerima Padah

'Saya buat content je' - YouTuber Sengaja Tarik Tudung Wanita Tak Dikenali Demi Konten Gempak Akhirnya Menerima Padah

“Buat content ni memang lesen orang kita untuk jadi biadap ke? Benda ni dikira harassment kot. “Saya buat content je…” kepala but*h dia,” tulisnya.

Memang sengaja minta dikecam

Dalam video di saluran YouTube lelaki itu, jelas menunjukkan yang dia seakan telah memerhati ‘mangsa wanita’ yang ingin ditarik tudungnya sebelum berlari dan memohon maaf.

Dia juga memaklumkan sedang membuat ekperimen sosial bagi melihat reaksi seseorang apabila tudung ditarik oleh individu tidak dikenali.

YouTuber terbabit juga memaklumkan yang dia sedia dikecam dan sengaja membuat video untuk memberi ruang orang ramai memaki hamunnya di media sosial.

'Saya buat content je' - YouTuber Sengaja Tarik Tudung Wanita Tak Dikenali Demi Konten Gempak Akhirnya Menerima Padah

Teringin duduk lokap kot

Menjengah ke ruangan komen di Twitter, rata-rata netizen meninggalkan maklum balas yang negatif terhadap konten sampah seperti itu.

Mana tidaknya, tindakan YouTuber yang mengunakan alasan eksperimen sosial untuk membuat konten dilihat sebagai satu tontonan ‘murahan’ dan boleh disifatkan sebagai satu kesalahan jenayah.

'Saya buat content je' - YouTuber Sengaja Tarik Tudung Wanita Tak Dikenali Demi Konten Gempak Akhirnya Menerima Padah

Perangai yang bukan2

'Saya buat content je' - YouTuber Sengaja Tarik Tudung Wanita Tak Dikenali Demi Konten Gempak Akhirnya Menerima Padah
Buat konten tak bertempat

'Saya buat content je' - YouTuber Sengaja Tarik Tudung Wanita Tak Dikenali Demi Konten Gempak Akhirnya Menerima Padah
Memang minta kena report polis agaknya

'Saya buat content je' - YouTuber Sengaja Tarik Tudung Wanita Tak Dikenali Demi Konten Gempak Akhirnya Menerima Padah

Kesalahan jenayah lah kiranya ni

'Saya buat content je' - YouTuber Sengaja Tarik Tudung Wanita Tak Dikenali Demi Konten Gempak Akhirnya Menerima Padah

SEORANG lelaki menerima kecaman hebat netizen di laman sosial selepas memuat naik video menarik tudung wanita di tempat awam.

Nick atau nama sebenarnya Fakhrul Rushdan Roslan, 24, berkata niatnya menghasilkan video itu adalah untuk melihat sejauh mana orang Melayu mempertahankan agama Islam

“Pada mulanya saya nak buat content tu saya nak tengok sejauh mana orang Melayu kita mempertahankan agama Islam.

“Bila tengok seseorang YouTuber membuat konten yang macam saya buat ini dan netizen semua mempertahankan maruah seorang wanita.

“Itulah niat saya bila saya buat tapi silap saya lambat membuat video penjelasan,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu Nick turut memohon maaf kerana video yang dimuat naik itu telah mencetuskan kemarahan orang ramai.

“Saya minta maaflah dengan pihak netizen dengan semua perkara yang berlaku, saya tahu saya telah buat silap,” ujarnya.

SUSULAN penularan video ‘prank’ tarik tudung di media sosial baru-baru ini, pihak polis mengesahkan sudah menahan seorang lelaki yang disyaki terlibat dalam ‘eksperimen sosial’ tersebut, lapor Sinar Harian.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, lelaki berusia 24 tahun itu ditahan pada pukul 7.30 malam, Selasa.

“Satu kertas siasatan dibuka, kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Dalam masa yang sama, Ashari menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang rakaman dan penyebaran video yang mengandungi isi kandungan boleh mendatangkan kegusaran masyarakat serta menyentuh sensitiviti.

Terdahulu, video ‘prank’ tarik tudung wanita oleh seorang lelaki yang juga YouTuber menjadi tular selepas dia memuat naik video di saluran YouTube miliknya.

Selepas mendapat kecaman, lelaki berkanaan berkata niatnya menghasilkan video itu adalah untuk melihat sejauh mana orang Melayu mempertahankan agama Islam.

Dalam video kedua yang dimuat naik, lelaki itu juga tampil bersama dua wanita yang kononnya menjadi ‘mangsa’ tudung ditarik.

Mereka menjelaskan bahawa kandungan tersebut sememangnya sudah dirancang untuk melihat reaksi netizen.

mStar turut menyiarkan temu bual dengan YouTuber berkenaan selepas dia teruk dikecam susulan video ‘prank’ berkenaan.

Dia malah memohon maaf kerana video yang dimuat naik itu telah mencetuskan kemarahan orang ramai.

Tonton Video:

 

Sumber Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *