Baru-baru ini tular sebuah video yang dimuat naik ke laman sosial menunjukkan bayi seekor monyet diseksa oleh sekumpulan remaja di Jawa Barat.
RAKAMAN VIDEO ADA DI BAWAH SEKALI
Menurut Ketua Seksyen Balai Konservasi Sumber Asli Jawa Barat (BBKSDA) Wilayah VI Tasikmalaya Tatan Rustandi menyatakan bahawa bayi monyet tersebut telah diseksa dengan kejam sehingga mati.
“Kalau di dalam video dikatakan sampai mati, maka monyet tersebut diseksa sehingga mati,” katanya.
Suspek juga menggerudi mata dan mengisar anak monyet tersebut.
Kejadian tragik itu telah dikendalikan oleh Polis Tasikmalaya dan dilaporkan suspek telah ditahan.
Asal usul anak monyet itu masih lagi dalam siasatan lanjut pihak polis.
“Pihak polis masih menyiasat perkara tersebut,” katanya semasa disoal tentang asal usul anak monyet tersebut.
Menurut laporan sebelum ini, seekor anak monyet ekor panjang (Macaca fascicularis) telah diseksa dengan kejam sehingga mati oleh sekumpulan remaja di Jawa Barat.
Ketua Seksyen Balai Konservasi Sumber Asli Jawa Barat (BBKSDA) Wilayah VI Tasikmalaya Tatan Rustandi mengesahkan maklumat itu. “Semalam Polis Tasikmalaya yang mengendalikan kes tersebut, kami hanya saksi,” kata Tatan melalui telefon, Selasa (13/9/2022).
Menurut Tatan, perbuatan mendera haiwan itu dilakukan suspek sambil merakam video.
“Kejadian (motif jelas tidak diketahui), semalam kami diminta untuk mengambil barang bukti (monyet hidup),” kata Tatan.
“Jahatnya,kecik2 lagi dah jahat..besar macam mana la besar..semoga hari2 dapat mimpi macam mana siksanya kamu buat kat binatang tu.kejam sangat.” – Daniel
“Gila punya psiko bdk ni..ishhh tu klo dibiar mgkin dia buat kt org plak nti.boh lm pnjara bg lama .bia org dlm pnjra tu plak seksa dia” – Shakirah
“Zalim pada mahluk ciptaan Allah swt.mampos kau nnt..pasti ada balasan yg setimpal” – Adi
“Manusia durjana. Nasib berlaku di seberang. Harap manusia lahanat ni x wujud di Malaysia.” – Nieda
Tonton Video :
Sumber : Detik.com