Menemani isteri yang hamil untuk menghadiri pemeriksaan rutin kehamilan di klinik merupakan antara tugas yang perlu dilakukan oleh suami.
RAKAMAN VIDEO ADA DI BAWAH SEKALI
Walau bagaimanapun, ia bukan satu tiket untuk para lelaki yang sihat tubuh badan untuk mengambil tempat duduk yang dikhususkan untuk ibu-ibu hamil yang lain kerana mereka lebih memerlukan.
Menerusi satu perkongsian yang tular di TikTok, seorang pengguna dikenali sebagai @mrdoraemon32wan telah berkongsi rasa.
Ini kerana melihat ada suami yang tanpa segan silu duduk di sebelah isteri sedangkan ada ibu hamil lain yang perlu berdiri kerana tiada kerusi kosong.
Dalam video tersebut, jelas ada lelaki yang hanya duduk sahaja dan ada juga seorang wanita hamil sedang berdiri bersandar di dinding klinik menanti untuk membuat pemeriksaan rutin.
Lelaki tersebut dilihat leka bermain telefon dan langsung tidak memandang sekeliling melihat kawasan menunggu penuh dengan golongan wanita hamil.
Perkongsiaan tersebut telah mengundang pelbagai komen dari warganet yang rata-rata menyelar tindakan para lelaki yang tidak memberikan tempat duduk kepada ibu hamil sewaktu berada di klinik.
Langsung Tak Malu
Ada juga diantara mereka berkongsi pengalaman sama sewaktu melakukan pemeriksaan rutin kandungan apabila bertemu lelaki-lelaki yang kurang peka dengan kondisi ibu hamil sehingga mereka terpaksa duduk di atas lantai kerana sudah terlalu penat.
Tonton Video : SILA KLIK DI SINI
Sumber OMM