Meskipun tidak kelihatan menghadirkan diri ke majlis kahwin yang berlangsung 2 hari lepas, Datin Hasmawatie dikatakan sudah tahu mengenai berita bekas suaminya mendirikan pernikahan kali kedua.
RAKAMAN ADA DI BAWAH SEKALI
Di saat kemeriahan wedding pakar saham popular itu masih menjadi bualan, dalam masa sama wanita berkenaan dilihat seakan-akan memberikan gambaran tentang ujian yang melanda hidupnya.
Walaupun tidak bercerita secara terperinci apakah kemelut yang sedang terjadi, ramai netizen bersimpati dengan luahan tersebut.
Justeru itu, beliau benar-benar berterima kasih atas sokongan yang diberikan selain percaya dugaan sekarang mungkin bakal digantikan dengan hikmah terbaik daripada Allah.
Kenangan 2 tahun lepas.. Org tengah pikir saya ni suri rumah ke? Tidak..sy lulusan MBA, UPM, saya la bersama sama vegarian yg bermula dari bawah dari company ada 5 org sekarang menjadi 23 org. Walaupun tidak besar tetapi team work yg ada menjadi kan kami boleh bersatu hati. Bersyukur saya mempunyai adik adik dan tenaga kerja yang baik. Bersyukur sy mereka tidak pernah memberikan saya masalah yg berat. Thank u guys. U all dah bagus. Jangan patah semangat kerana situasi sy.
Saya merupakan bekas ceo Vega Hermosa yg dillucutkan jawatan tetapi saya masih lagi menjadi director dan pemilik bersama. Saya dlm proses tuntutan utk semua perkara. Mohon doakan agar dipermudahkan urusan saya. Terima kasih.
Perjuangkan hak sis & anak…Orang baik Allah sayang
Melalui ruangan komen, ramai orang berharap semoga urusannya akan dipermudahkan. Mereka juga mendoakan beliau akan mendapat hak sewajarnya mengikut tuntutan yang sudah dibuat.
Kredit : FB Atielia De Sams
Sumber ErinSakura