Luna Maya

“Oh tak sangka ada akhir rupanya game ni” – Berjaya capai Level 10,000, Anak Gembira Mak Selesaikan Game Candy Crush!

Emak atau ayah korang suka main Candy Crush tak? Korang alert tak dorang sekarang di level berapa dan mesti dorang tertanya-tanya bila agaknya nak menang game ni.

RAKAMAN VIDEO DI BAWAH SEKALI

Apa-apapun seorang gadis dari luar negara baru-baru ini berkongsi kegembiraan emaknya apabila akhirnya wanita itu sudah berjaya selesaikan game Candy Crush. Fuhhh macam tak percaya kan??

Menerusi perkongsian @aimeeman di TikTok, emaknya dilihat memaparkan skrin telefon yang menunjukkan permainan Candy Crush mengucapkan tahniah kepada wanita itu kerana berjaya melepasi level 10,000!

 

Menurut Aimee, emaknya telah bermain Candy Crush pada jangka masa yang sangat lama sampai dia sendiri pun tak ingat bila.

Namun sebaik saja selesai level 10,000, Candy Crush telah menghantar mesej ucapan tahniah kepada emaknya dan wanita itu dinobatkan sebagai ‘World Best Crusher’. Untunglah!

“Life goal completed!”

Rata-rata netizen yang melihat video tersebut turut berkongsi kegembiraan dan berharap mereka juga berjaya sampai ke level 10,000.

Dalam pada itu, ada yang mengatakan permainan tersebut tidak berakhir di situ saja kerana Candy Crush sudah menambah 70 level lagi (10,070 total level buat masa sekarang) untuk pemain selesaikan.

“Sekarang level aku dah 4107. Tercungap oiii nak naik kan level. Since 2013/2014 till now aku layan si candy ni. Ada yg macam aku tak, bila 5 times tu dah habis. Lepastu gi kat setting tukar date dan jadi kan 5 times semula. Lepas tu tukar date lagi ?? ” -Hidayah

‘Tak ingat level brpa sudah main game CC ni.. lama tak main sebab makin susah.. skrang ni main Gardenscapes pulak.. level 8950.. dekat level 9000 suda.. hahaha.. ada yg sama?” – Hamidah

Aimee walau bagaimanapun memberitahu, emaknya sudah bermain level yang baru ditambah pada Rabu dan sekarang wanita itu di level 10,048. Nampaknya emak Aimee akan selesaikan permainan ini sekali lagi mungkin pada hari ini. Hebat sangat ni!

Antara reaksi netizen yang tak lepas habiskan level candy crush :

Candy Crush ni kalau sekali daa main, memang berhantuu. Siap sanggup beli membeli, rasanya daa beribu beli Gold Bars tu 

Ada lagi part, bila daa takda nyawa, ask friend manjang tak dapat, last last gigihhh pergi tukar waktu jam. semata-mata nak full nyawa. Siapa selalu gini ?? – Dayang

Mak korang suka main Candy Crush? Share article ni kat dorang sebagai tanda sokongan.

Tonton Video SILA KLIK SINI

Apa pendapat anda? Sila kongsikan di bahagian komen.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Ya. Anda Juga Boleh Membaca Artikel Menarik Di Bawah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *