Luna Maya

Ellie Suryati bimbang Azri Iskandar kena ‘love scam’, cabar Dr Azra buat perkara ini jika benar wujud

MERAGUI kewujudan individu bernama Dr Azra yang dikatakan kekasih kepada bekas suaminya Azri Iskandar, pelakon dan pengarah Ellie Suriaty memohon wanita tersebut untuk munculkan diri.

Menurut Ellie, 52, sehingga kini identiti sebenar wanita itu masih belum dikenalpasti dan tidak menjumpai sebarang maklumat terperinci menerusi carian di internet.

Saya tidak tahu apakah permainan dia. Kalau betul bercinta jangan menyorok.

“Selepas berpisah saya sudah maafkan Azri dan tidak pernah simpan dendam. Jika dia mahu berkahwin semula saya ucapkan selamat untuknya. Cuma saya tidak suka orang mahu mempermainkan dia.

“Saya tidak boleh benci Azri sebab kami hidup bersama sudah lama,” ujarnya.

Ellie ditemui ketika majlis tayangan filem berjudul Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan yang berlangsung di Petaling Jaya pada Khamis.

Bercakap tentang filem tersebut yang bakal ditayangkan pada 23 Jun ini, Ellie sendiri memuji hasil kerja pengarahnya iaitu Syamsul Yusof dan dia tidak berfikir panjang apabila diberi tawaran berlakon.

Saya tak fikir panjang apabila menerima tawaran dan berbesar hari apabila dihubungi untuk terlibat berlakon. Ini adalah satu filem yang penting.

Saya suka bekerjasama dengan Syamsul dan kita dapat melihat satu sisi berbeza dalam dirinya, jelasnya.

Sumber Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *