Setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga sudah pastinya mengimpikan supaya perhubungan tersebut berkekalan selama-lamanya.
Namun, hati wanita mana yang tidak luluh apabila seorang suami sanggup berlaku curang dan berkahwin dengan wanita lain tanpa pengetahuannya.
Lebih menyedihkan, apabila si isteri sanggup ‘berkorban’ dirinya sendiri.
Ini bagi mencari rezeki di luar negara bagi membantu kewangan suaminya dalam membesarkan anak-anak tersayang.
Seperti perkongsian seorang Peguam Syarie dan Konsultan Perundangan Islam iaitu Fahmi Ramli menerusi satu hantaran di laman Facebook.
Dia tampil menceritakan kisah mengenai seorang isteri yang ditipu oleh pasangannya sendiri.
Kisahnya bermula apabila datang seorang wanita ke pejabatnya bagi mendapatkan nasihat berhubung kes yang menimpanya.
Wanita tersebut yang berusia lingkungan 40 tahun, merupakan seorang jururawat yang bekerja di sebuah hospital swasta di negara Arab.
Dan berjaya memperoleh pendapatan mencecah RM15 ribu sebulan.
Seronok dia ceritakan tentang pengalaman dia bekerja di sana. Bahkan, pendapatannya di sana mencecah RM10 ribu ke RM15 ribu setiap bulan.
Lebih daripada 2 tahun beliau bekerja di sana. Asalnya dia sendiri tidak mahu ke sana sebab memikirkan tentang anak-anak.
Sanggup Korbankan Diri Sendiri
Ujar peguam ini lagi, wanita ini sanggup berkorban bekerja di perantauan dan meninggalkan anak-anak dan suami tercinta berikutan suaminya yang telah dibuang kerja.
Mahu tidak mahu, wanita ini terpaksa mencari kerja bagi menampung perbelanjaan keluarganya.
Rezeki tidak pernah salah alamat, di mana wanita ini telah ditawarkan untuk berkhidmat di luar negara dan diberikan kontrak kerja yang agak lama.
Wanita ini berat untuk tinggalkan tiga orang anaknya yang masih bersekolah.
Namun, disebabkan suaminya memberi semangat dan izinkannya bagi mencari pendapatan lebih demi masa depan anak-anak, dia pun setuju.
Setelah bekerja di sana, wanita cekal ini sama sekali tidak pernah melupakan tanggungjawabnya untuk mengirimkan duit.
Selalunya berjumlah RM8 ribu sehingga RM10 ribu setiap bulan di akaun suaminya.
Duit yang dikirimkan di Malaysia, semuanya dimasukkan ke dalam akaun suaminya.
Duit itu dia amanahkan untuk buat belanja makan minum anak-anak dan bayar segala loan rumah dan kereta.
Namun, selepas dua tahun menetap di sana wanita ini pulang ke Malaysia berikutan cuti panjang yang diambilnya bagaimanapun.
Suami Berubah Sikap
Sikap suaminya dilihat sudah berubah dan tidak lagi seperti lelaki yang dia kenali dahulu.
Dia kerap keluar malam dan balik lewat pagi. Anak-anak juga beritahu hal yang sama. Nak jadi cerita, wanita ini cuba semak dalam akaun bank milik suaminya.
RM1,000 sahaja weh Terkejut dia!
Dia cuba tanya kepada anak-anak, adakah bapa mereka beli apa-apa keperluan yang mahal kepada mereka setiap bulan?
Terkejut dia bila anak-anak beritahu, kadang-kadang mereka selalu pergi makan di rumah nenek mereka sahaja.
Ayahnya tak pernah beli apa-apa.
Susulan daripada itu, wanita ini bertindak selongkar di seluruh pelusuk rumahnya untuk mencari sebarang bukti dan ingin mengetahui apa yang telah terjadi.
Jumpa Sijil Nikah
Alangkah terkejutnya dia apabila menjumpai sijil nikah tulisan jawi dari Wilayah Songkhla dan nama suaminya tertera pada sijil tersebut bersama nama seorang wanita yang tidak dikenali.
Sijil itu terselit kemas di bawah fail-fail lama yang tak terusik. Bila suaminya balik, dia tenang dan bertanya kepada suaminya.
Sumpah abang tak kahwin lain pun. Ni mesti ada orang nak rosak rumah tangga kita, muka tak bersalah dan tuduh orang lain pula.
Dia tunjukkan sijil nikah tersebut biru, hijau, biru, hijau wajah suaminya.
Wanita ini desak dan akhirnya dia mengaku. Duit yang diberikan setiap bulan, tak digunakan sepenuhnya untuk anak-anak.
Sebaliknya, dia gunakan untuk perkahwinan barunya dan belanjakan untuk kediaman dia dengan isteri baru.
Susulan mendengar penjelasan itu, si isteri hanya mendiamkan diri sebelum suaminya bertindak keluar daripada rumah tersebut.
Tidak berakhir di situ, ujar peguam ini lagi suami kepada wanita tersebut enggan untuk ‘melepaskannya’ dengan cara yang baik.
Alhamdulillah, setelah hampir setahun kesnya di Mahkamah, maka mahkamah menerima tuntutan fasakh yang kami failkan dan menolak pembelaan suaminya.
Kesimpulannya, beringatlah wahai isteri yang baik. Tak salah nak berbuat baik dan nak bantu suami.
Cuma, kena ingat, bila kita nak berbuat baik, pastikan kita tidak mudah ditipu.
Nak bantu cari pendapatan itu boleh, cuma jangan sampai suami tak rasa itu sudah tanggungjawabnya yang asal.
Anda rasa, salah ke?
Nora: Sebb tu laa sebaik2 mana suami pun jgn terlalu jurus semua bagi suami..kena cerdik la sikit bab duit dan harta benda sendiri.
Suami wajib tanggung isteri tak kiralaa gaji isteri tu byk mana pun..
Jangan duk tanggung laki smpi habis harga sendiri. Bagi takat 2k sudahlaa..lain tu simpn sendiri.
Yang suami lak tak sedar diuntung dpt bini baik korban segala hartanya ke awak..awak bukan main lagi buat perangai.
Memang tak sedar diri sungguhlaa. Kesiannya kat isteri dia.
Zakiah: Isteri setia dan jujur dlm perhubungan walaupun terpaksa berpisah jauh demi membantu ekonomi rumahtangga.
Malangnya suami curang dan x setia spt menangguk diair yg keruh,mengambil kesempatan atas budi baik seorg isteri ….madu yg dihadiahkan.
Iesya: Keja luar negara x salah cuma wang yg diberikan terlalu byk.. Patut hanya beri ikut jumlah hutang yg ada..
Duit mkn blanja berpada2..jika nk mewahkan ank salur duit tu kpd org yg boleh dipercayai utk diblanjakan utk ank2..
Yang lain simpan smentara nk kembali kpd pangkuan keluarga.. Lelaki biasa gelap mata lau duit byk..
Sedangkan bila senang dgn duit yg dicari sendiri&bini masih didpn mata pun boleh cari lain..
Lagikan duit xpayah dicari&bini xde dpn mata.. Mmg enjoylah dia.
Kak An: Ibu saudara saya pernah kerja kat UAE. Gaji mmg banyak.
Tapi kalau jadi mcm ni, sedih sangat. Pengorbanan berakhir dgn pengkhianatan.
Kalau sudah jenis tu, tak kerja luar negara pun akan jadi jugak.
Aisyah: Sb tu lah xpyh isteri nk ltk nama penerima hibah ke, penamaan dlm kwsp ke atas nama suami, kalu nk ltk pon ltk less than 10% sudah.
Mmg hakikat yg nyata ialah lelaki zaman skrg mmg ramai xbleh dipercayai.
Luahan hati bini org lain betina lain sibok nk jadi pendengar prihatin kunun tp luahan hati isteri ke laut. Lakitaguna.
Makan di rumah lain anak-anaknya tapi dia sibuk nak beristeri lain. Tak malu sungguh.
Sumber: Fahmi Ramli via OHBulan