Luna Maya

‘Badan reput penuh ulat’ – Mayat lelaki ditemui berbungkus dalam karpet

GUA MUSANG – Mayat seorang lelaki dipercayai warga asing yang sudah hampir reput dan berulat ditemui dalam keadaan berbungkus dengan karpet di kawasan semak berhampiran kolam Air Panas, Lojing di sini kelmarin.

RAKAMAN ADA DI BAWAH SEKALI

Penemuan mayat itu dilaporkan oleh seorang anggota pondok polis Lojing di sini selepas melihat objek seperti mayat manusia yang diikat dengan tali kira-kira pukul 8.30 malam.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, siasatan mendapati, mayat mangsa turut dibungkus menggunakan selimut dan terdapat bantal pada bawah kepalanya.

Menurut Choon Foo, pemeriksaan di lokasi kejadian mendapati, kawasan tersebut jauh dari kawasan kejiranan dan merupakan laluan utama yang digunakan dari Gua Musang ke Lojing.

Katanya, hasil bedah siasat juga menunjukkan tiada sebarang kecederaan akibat perbuatan jenayah dapat dikesan pada mayat mangsa.

Tambahnya, kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

Antara Komen Netizen:

“Mgkin member dia xtau mcm mna nk urus pastu angkut pegi buang gitu ja… Atau pon babitkan kos tggi bawak balik negara asal..” – Azroy Maoc

“Mungkin dah meninggal,kawan² pulak xnak bertanggung jawab kebumi kan..sebab proses yang rumit,sebab tu di buang je macam tu.” – Syha

“ni mesti warga asing dorang pun malas nak amik port dah…amik bungkus bakar” – Amirol

Sumber Kosmo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *