Luna Maya

Rakaman penunggang motosikal maut dirempuh remaja bawa lori tiada lesen

Seorang penunggang motosikal dilapor maut selepas dirempuh oleh sebuah lori di Jalan Baru Dengkil-Salak Tinggi berhampiran Kota Warisan di sini, malam tadi.

RAKAMAN VIDEO ADA DI BAWAH SEKALI

Memetik laporan Utusan, kejadian yang berlaku pada pukul 10.30 malam itu membabitkan seorang mangsa lelaki berusia 26 tahun yang dilapor maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian badan.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, siasatan awal yang dijalankan mendapati bahawa lori yang dipandu oleh seorang remaja lelaki berusia 18 tahun itu secara tiba-tiba mengubah haluan dari lorong kiri masuk ke lorong jalan menghala ke Dengkil sebelum merempuh mangsa.

Jelasnya, ketika kejadian, mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y15 datang dari arah Petronas Ampar Tenang menghala keluar ke Cyberjaya sebelum dirempuh lori berkenaan.

“Siasatan juga mendapati, pemandu lori tidak mempunyai lesen memandu yang sah dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” memetik laporan Utusan Malaysia.

Tambahnya, mangsa merupakan warga Kampung Sungai Sekkah, Nilai, Negeri Sembilan dan mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Serdang untuk di bedah siasat.

“jgn menyusahkn org tau ambik lesen n jgn bawa lori hye acah2 sahaja.harap pihak berkuasa ambik tindakan yg sewajarnya bgi pengajaran yg mendatang.” – Norihan

“Ni kalau tengok statistik kemalangan punca dari kenderaan apa, confirm lori paling top punca kemalangan maut. Sejak setahun dua lepas trending kemalangan maut punca dari lori” – Annoy

“lori tanah brsepah² area situ.. nilai-salak tinggi-dengkil.. smpai jalan area taman aku habis jahanam sbb lori lalu shortcut. dah lah laju²..” – Azmi

“Ya Allah…siapa yg suruh bdk tu bwk lori… Tak bertggjwb lgsung…fikir lah byk perkara buruk bakal berlaku…skg dah terbukti bdk tu lggar org smpai mati..ini nak dakwa atas akta apa klu jd camni??? Salam Takziah” – Lela Zain

Tonton Video : SILA KLIK DI SINI

Sumber: Utusan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *