Ibu Puteri Balqis iaitu Norashikin Mohd. Aziz tampil mendedahkan pengalaman pahit yang dialaminya selama 15 tahun sejak bergelar isteri.
RAKAMAN VIDEO ADA DI BAWAH SEKALI
Menerusi perkongsian di Instagram Morosechild, Norashikin mengakui terkilan dengan sikap segelintir individu yang mendakwa tindakan dia dan anaknya seakan mengaibkan keluarga sendiri.
Malah mereka juga sering dihina, dituduh menipu dan menjaja cerita kononnya mereka hidup susah semata-mata mahu meraih simpati ramai.
Tidak terhenti di situ, Norashikin mendedahkan suaminya didakwa pernah mencuri telefon bimbit yang ditinggalkan individu di atas meja.
Malah pada suatu ketika, dirinya yang sedang hamil terpaksa tidur di dalam kereta kerana melarikan diri daripada Ahlong (wang yang dipinjam suami).
Ketika di Sungai Wang, dia memaksa saya tidur di dalam satu bilik yang penuh dengan lelaki sedang menghisap “ice’ sehingga saya muntah teruk kerana kesan asap ‘ice’ yang terlalu banyak dan saya sentiasa dalam ketakutan tidak tahu ke mana arah apabila melihat salah seorang dari mereka sedang, ‘high’ sedang masturbate.
Tidak ada tempat untuk saya mengadu waktu itu dia bangga ‘battle’ mabuk bersama kawan-kawannya yang lain.
Lebih mengejutkan, dia turut mendakwa dipaksa melakukan aksi tidak senonoh di dalam kereta sedangkan pada ketika itu, anak perempuan mereka berada di bahagian tempat duduk belakang.
Kami jijik. It was a nightmare for us. Terlalu banyak yang dipendam oleh anak saya. Bila kena pada anak netizen, kita kena fight!” Bila kena pada seorang pelakon, ‘Oh dia cuma belakon..”
Adakah saya mangsa? Adakah anak saya mangsa? Tidak. Kenapa tak buat report? Kenapa nak takut sangat? Pada setiap yang saya jelaskan dan tidak lagi saya jelaskan, dia tidak pernah ditangkap atau tertangkap, kerana dia punya kroni yang terlalu ramai.
Terdahulu, pelakon remaja berusia 15 tahun itu mendedahkan perbuatan tidak senonoh bapa kandungnya ketika menjadi tetamu dalam sebuah saluran Youtube.
Bapa seorang pelakon remaja yang didakwa melakukan serangan seksual ke atas anak kandungnya itu ditahan polis, semalam.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat, ketika mengesahkan perkara itu, berkata tangkapan ke atas suspek dilakukan pada jam 2.25 petang.
Bagaimanapun, beliau tidak menyatakan di mana suspek ditahan.
“Pihak polis turut merampas sebuah telefon bimbit milik suspek dan akan dihantar ke Jabatan Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk dianalisa.
“Ujian saringan air kencing ke atas suspek didapati negatif dan semakan mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod lampau,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Wan Azlan berkata suspek dibawa ke Mahkamah Shah Alam untuk permohonan reman dan majistret membenarkan lelaki itu direman tujuh hari sehingga 12 September ini untuk siasatan.
Semalam, Wan Azlan dalam kenyataan, memaklumkan pihaknya menerima satu laporan polis daripada pelakon remaja berusia 15 tahun itu pada jam 10.55 malam, kelmarin.
Katanya, pelakon remaja itu dalam laporan polisnya menyatakan dia diganggu secara seksual oleh bapa kandungnya serta tidak menjaga kebajikannya.
Selain itu, mangsa juga sering dipertontonkan dengan video lucah dalam telefon bimbit bapa kandungnya. Kejadian itu berlaku sejak 2013 sehingga 2017.
Menurut Wan Azlan mangsa turut menyatakan kejadian itu berlaku ketika mangsa berusia enam tahun, ketika itu mereka tinggal di kawasan Subang Jaya dan kejadian berlaku semasa ibunya tiada di rumah.
Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan atas kesalahan mencabul, Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak Kanak 2001 atas kesalahan mengabaikan seorang kanak-kanak dan Seksyen 292 Kanun Keseksaan atas kesalahan memiliki bahan lucah.
Baru-baru ini, pelakon remaja itu mendedahkan sikap buruk bapanya ketika ditemubual dalam satu program di YouTube.
Pelakon remaja itu mendakwa bapanya melakukan gangguan seksual terhadapnya, selain turut memperlakukan ibunya dengan teruk.
Sumber : BHARIAN ONLINE