Baru-baru ini, pengacara kontroversi, Azwan Ali memaklumkan yang dirinya telah disihir di bahagian kaki sehingga timbul kesan tompokan di kaki kanannya.
Merujuk kepada laporan dari BOOM! Azwan Ali menyatakan yang dia telah disihir oleh individu yang dikenalinya iaitu salah seorang artis wanita veteran yang mempunyai nama dalam industri seni.
Jelas pengacara berusia 56 tahun itu lagi, wajah artis veteran itu juga kerap muncul setiap kali dia mengerjakan solat.
Walau bagaimanapun, Azwan dengan tegas enggan mendedahkan siapakah gerangan yang menyihirnya sehingga membuatkannya menderita.
Dia juga memaklumkan yang individu tersebut bukanlah seseorang yang berkawan rapat dengannya.
Netizen turut memberi nasihat buat Azwan Ali:
“Allah tu turun kan sakit penghapus dosa.suruh ko beringat .nie..ko tambah pulak dosa dengan tuduh 2 org” – Legend Ace
“Hg tu mulut jahat sangat. Cuba bayangkan, orang baik pun kena santau. Apatah lagi mulut jahat.” – En Hidayat
“Wajah kerap muncul tu mainan syaitan yg ingin memecahbelahkan. Jgn terikut dgn mainan syaitan… Ikhtiar berubat, Allah Maha Penyembuh” – Abam Janggut
“mulut kita tu sama , kena jaga pertuturan , mungkin ada yg terasa dan simpan dendam , hati hati dlm berkata kata” – Ct Hajar
“Kencing Manis kot..mimpi tu mungkin ada buat Salah apa2 dgn org tu.dan org tu x maafkn.mai la dia dlm mimpi..x tau lah kannn” – NoraNor
“klu mulutpun xreti nak jaga maki org sesuka hati jadi x heranlah klu ramai yg benci dengan kau ni…kena sihirpun memang org x heran…pepatah ada mengatakan kerana mulut badan binasa..macam nilah….hadap jerla salah sendiri.” – Anita Comel
Apa-apa pun, semoga Azwan Ali segera sembuh dan segala rasa sakit yang dihidapi diangkat oleh Allah S.W.T.
Sumber: OMM, BOOM! (Deegun Rahman)