Ibu bapa adalah tunggak dalam sesebuah keluarga. Mereka juga lah insan yang melahirkan, membesar serta mendidik anak dari kecil hingga dewasa.
RAKAMAN VIDEO MENYAYAT HATI ITU ADA DI BAWAH SEKALI
Pengorbanan dan jasa yang dicurahkan mereka amatlah besar. Oleh itu, anak-anak seharusnya berkhidmat dan berbuat baik kepada kedua ibu bapa semampu yang boleh.
Difahamkan, wanita berusia 66 tahun itu dipercayai telah dihantar ke rumah orang tua oleh dua orang anaknya yang dikatakan terlalu sibuk bekerja dan banyak tanggungan.
Lebih meruntun hati apabila ada suatu hari, wanita ini pergi ke rumah anaknya tetapi setibanya di sana, dia telah dihalau.
Pernah nak jumpa anak sahaja dengan petugas, sampai depan rumah, anak halau. Ditinggalkan mak dekat rumah orang tua waktu malam dengan alasan banyak kerja dan tanggungan hidup.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa simpati dengan nasib yang menimpa wanita ini.
Bukan itu sahaja, mereka berharap agar anak-anak wanita ini dilembutkan hati dan diberikan kesedaran.
Dalam kesempatan itu, mereka menasihati orang ramai supaya lebih menghargai dan menyayangi ibu bapa dan jangan sesekali mengabaikan tanggungjawab terhadap orang tersayang.
“kdg2 kna kaji juga sej hidup. time muda2 dulu pnh buat kt mk ayh sndiri or mertua perkara yg bole mndtgkn kifarah tak. sy pnh tgk kwn arwah ibu sy ddtgkn kifarah pd waktu tua ats perbuatan dia thdp ibu mertua dia ketika dia muda dulu. apa yg dia buat kt ibu mertua dulu,itula jd masa dia dh berusia…tp apa pn ank2 jgn buat ibu bapa camni, xberkat hidup. Allah tu ada, sentiasa perhatikn perbuatan kita. moga ank2 mkck ni cpt taubat dan msh bole berbakti pd ibu yg dh tua ni wlu apa pn isunya.” – Lily
“jagan dengar cerita sebelah pihak.. sebelum ni pon ada cerita macam ni last2 fitnah mak dia kaki drama TV” – Mohamad
“Aku tak faham la macamana diorg boleh hidup gembira tanpa seorang ibu… Sedangkan kita ni haa yg dah x da ibu ni, rasa tak lengkap tanpa seorang ibu…. Sedihh lah!” – Qaseh Abady
Tonton Video Penuh : SILA KLIK DI SINI
Sumber Ohbulan