Luna Maya

Anak dedah keadaan Rosmah terkini mendatangkan sebak netizen.. “Mummy rindu suara, gelak tawa suami di sisi”

Nooryana Najib, anak perempuan kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkongsi luahannya di laman Instagram miliknya pada pagi tadi.

RAKAMAN PENUH ADA DI BAWAH SEKALI

Dalam perkongsian itu Nooryana atau dikenali sebagai Yana menulis tentang bagaimana Ibunya Datin Seri Rosmah Mansor yang menjalani kehidupan selepas suaminya Najib Razak disabiktkan kesalahan dan sedang dipenjarakan.

“Seorang nenda yang sentiasa cuba memikirkan bagaimana menjawab soalan cucunya apabila ditanya “di mana atuk?”.

“Seorang yang memahami perjuangan dan laungan Bossku, sentiasa berada di sisinya sepanjang masa ini, waktu suka dan dukanya,” sambung Yana lagi.

Yana juga berkata, sebagaimana ada segelintir rakyat yang mempercayai Najib Razak tidak mendapat keadilan, ibunya juga percaya bahawa suaminya berhak mendapat keadilan dan mahukan keadilan penuh dan menyeluruh untuknya.

Yana juga sempat berdoa agar kesihatan dan kebebasan Datuk Seri Najib Razak mendapat ketenangan dan kedamaian dalam tempoh usianya yang kini sudah berumur.

Luahan Yana tersebut mendatangkan sebak dikalangan netizen. Mereka turut mendoakan agar Datin Seri Rosmah Mansor kekal tabah hadapi dugaan.

Terdahulu, Mahkamah Persekutuan telah mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta ke atas Najib kerana menyeleweng dana SRC International berjumlah RM42 juta.

Dalam pada itu, beliau juga akan menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dan 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram yang melibatkan jumlah yang sama.

Perbicaraan bagi kes tersebut sedang berlangsung ketika ini.

Sumber: Yananajib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *