Luna Maya

40 hari keluar tabligh, anak dedah bapa abaikan nafkah dan tanggungjawab. Akhirnya ini yang berlaku

Menyertai tabligh untuk berdakwah, mencari ilmu agama dan mengajak orang ramai kembali ke ajaran Islam yang menyeluruh adalah perkara murni dan harus dipuji.

RAKAMAN PENUH ADA DI BAWAH SEKALI

Bagaimanapun, individu yang mahu menyertai tabligh tersebut haruslah sedar dan perlu menyempurnakan tanggungjawabnya dengan meninggalkan nafkah buat ahli keluarga sepanjang ketiadaan mereka di rumah.

Luahan itu diadu kepada seorang pengguna dan dikongsikan buat tatapan umum oleh  pemilik akaun @ConfessTweetMY menerusi laman Twitter.

Dalam tangkap layar luahan tersebut, si anak mendedahkan bapanya sering keluar apabila diajak oleh kawan-kawan tabligh selama 40 hari meskipun baru sahaja pulang ke rumah.

Bukan itu sahaja, difahamkan bapa individu terbabit tidak mempunyai sebarang pekerjaan tetap dan segala perbelanjaan ditanggung oleh ibunya.

“Dahlah tak ada kerja tetap. Mak saya pula kena tanggung. Dia bersedap saja keluar 40 hari lari dari tanggungjawab. Penting sangat ke tabligh?”luahnya.

Tindakan tersebut membuatkan dia merasakan bapanya itu seseorang yang mementingkan diri sendiri dalam mengejar amalan kebaikan dan ilmu keagamaan.

“Saya rasa macam dia seorang sahaja beribadah nak masuk ke syurga. Orang lain tak payah, kena support dia. “soalnya.

Luahan itu menerima pelbagai reaksi di kalangan warganet di mana ramai meluahkan ketidakpuasan hati sebaik sahaja mendapat tahu kelakuan bapa individu berkenaan yang dilihat cuba melarikan diri daripada tanggungjawab.

Malah, tidak kurang juga ada yang mengatakan bapanya itu berkemungkinan silap menyertai kumpulan tabligh.

Sumber OMM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *