Luna Maya

Ditinggalkan Dalam Kereta Berjam Lamanya, Kanak-Kanak 4 Tahun Meninggal Dunia Akibat Kepanasan

Seorang budak perempuan berusia empat tahun dilaporkan maut akibat ditinggalkan di dalam kereta oleh ibu bapanya yang menghadiri upacara berkabung kematian saudara, dalam kejadian yang berlaku di Iran.

RAKAMAN ADA DI BAWAH SEKALI

Mangsa dilaporkan meninggal dunia akibat tekanan melampau, kekurangan oksigen di dalam kenderaan selain suhu tinggi dalam kereta mencecah 76 darjah celcius.

Menurut laporan, ketika kejadian mangsa yang sedang tidur ditinggalkan oleh ibu bapanya dalam kenderaan yang dikunci sebelum menghadiri majlis pengebumian tersebut. Kedua-duanya dikatakan terlupa dengan keberadaan mangsa di dalam kenderaan.

Kedua-duanya dihantar ke kauseling susulan trauma yang dialami akibat kematian anak. Pihak polis juga mengesahkan bahawa siasatan telah dibuka dan akan mengambil keterangan kedua-dua ibu bapa mangsa.

Terdahulu, seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun maut selepas ditinggalkan di dalam kereta sehingga tiga jam selepas ibunya didakwa terlupa ketika sedang bersiap-siap untuk menghadiri majlis hari jadi anak orang lain.

“Aku rasa kereta nnt patut buat satu sistem detect manusia dlm kereta la. Mcm dia detect pintu bonet tak rapat. Dia bg alarm utk kita peka apa jd dlm kereta. Contoh dash cam yg dpt detect movement ketika kereta tak bergerak. Kalau ada benda bergerak je dlm kereta dia akan alert melalui fon kita” – Aminuddin

“Tu asbab ja..tp peringatan tuk kita sbg ibu bapa jgn ambik risiko sehingga kita kehilangan insan yg kita sayangi..4 thn kot budak tu napalah mau kasi tinggal dlm keta…” – Nuran

“Takan tk buka air cond n tingkap sikit ..dh byk kematian klw tgal ank dlm kereta ..emm apa2 punn ..semoga dijauhi semua ni dri ank2 kita .aminn yra .” – Nur

“Aku teringin nk jumpa mak bapak budak tu. Korang ada anak buat main2 ye. Org yg takde ank bermatian2 berusaha sana sini. Aku nk jumpa bukan nk buat apa pun. Nk bagi hadiah je. Byk kali dah bnda ni berlaku. Kecuaian yg di sengajakan.” – Mohamed

Sumber SK

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *