Luna Maya

Amyra Rosli dikr1tik menvnjuk makan durian, bvat 0rang susah terIiur – “Makan sorok-sorok, kesian yang teringin t4pi tak mampu”

PELAKON Amar Baharin meluahkan rasa kesal apabila niat baik isterinya, Amyra Rosli untuk membantu peniaga kecil mempromosikan produk disalah erti segelintir netizen.

Amar atau nama sebenarnya Amar Mohd Bahrin, 36, berkata dia dan isteri menggunakan platform media sosial hanya untuk membantu peniaga kecil dalam keadaan negara berdepan situasi pandemik.

“Isteri saya Amyra dapat durian orang bagi, lepas itu dia share kat sosial media. Kami sebagai selebriti gunakan platform sebaik mungkin untuk membantu.

“Netizen komen takkan makan pun nak share? Kesian la orang yang tak mampu beli.

“Tapi niat Amyra tu nak membantu peniaga-peniaga kecil, tiada niat nak kecilkan hati orang yang terkesan ketika sekarang tengah lockdown. Tapi sebagai selebriti itu je la kami boleh bantu,” ujarnya kepada mStar.

Amyra Rosli Dikritik Sbb Mkan Durian

Perkongsian Amar di laman Instagram miliknya.

Terdahulu, Amar memuat naik paparan skrin beberapa komen netizen yang menganggap perkongsian isterinya berkaitan durian sebagai tidak sensitif dengan nasib segelintir rakyat yang kini dalam kesusahan.

Sementara itu Amar berkata, tindakannya membuat teguran terbuka di laman sosial adalah bagi menyedarkan pihak berkenaan tentang tujuan sebenar mereka.

“Tujuan saya nak bagi teguran sikit je, saya tak marah. Kita faham dan tak anggap benda ni serius selagi dia tak cakap benda-benda kesat.

Tapi niat Amyra tu nak membantu peniaga-peniaga kecil, tiada niat nak kecilkan hati orang

AMAR BAHARIN

PELAKON

“Mana yang baik kita sokong, mana yang negatif kita kena sedarkan dengan cara yang baik.

“Kita ada followers, jadi sedikit sebanyak dapat membantu peniaga-peniaga kecil yang mungkin baru nak start atau nak tingkatkan skill untuk survive,” ujarnya.

Ujarnya lagi, netizen sepatutnya lebih berfikiran terbuka dan menggunakan media sosial sebaiknya dan tidak menulis komen negatif tanpa berfikir panjang.

Amyra Rosli Dikritik Sbb Mkan Durian

Amar dan Amyra berkahwin pada 11 November 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata.

“Apabila saya kongsikan macam ni mungkin orang ramai boleh berfikir apa yang mereka buat tu tak betul. Mungkin mereka tertekan duduk dekat rumah.

“Saya harapkan semua orang yang mengalami lockdown ni, supaya banyak bersabar, buat perkara berfaedah dan jangan mengata benda negatif di sosial media,” katanya.

Amar dan Amyra mendirikan rumah tangga pada 11 November 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Aqeef Anaqi, 3, dan Ayra Aryssa yang lahir pada 1 Februari tahun lalu.

Komen Netizen Mempersoalkan si pengecam

Alahai durian je pun

Setakat durian pun nk kecam

Artis juga yang kena

Orang buat review kan kenapa nak marah

Sumber : mstar via EraBaru

Disunting oleh BM

Apa pendapat anda? Sila kongsikan di bahagian komen.

Pihak Bulletin Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman social ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Ya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *