Luna Maya

Video : “Kau jgn nak buat hal ye Nak Jadi PM ” Bonda Rozita sekolahkan Aliff Syukri, Ini kata² dari beliau yg mengejutkan

Tan Sri Muhyiddin Yasin semalam meletak jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia kelapan.

Perkara itu dimaklumkan beliau pada satu sidang media di pejabatnya di Putrajaya, yang turut disiarkan secara langsung di pelbagai platform telekomunikasi, termasuk televisyen dan media sosial.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat selepas hilang majoriti sokongan Ahli Parlimen dan cadangan kerjasama bipartisan yang dicadangkannya juga tidak mendapat sokongan parti politik.

“Saya letak jawatan sebagai Perdana Menteri dan seluruh anggota Kabinet seperti dikehendaki Perlembagaan Persekutuan,” katanya.Terdahulu pagi tadi, Muhyiddin mempengerusikan mesyuarat khas Kabinet terakhirnya, sebelum bergerak ke Istana Negara.

Alif Syukri Mohon Jawatan PM

Dalam pada itu, usahwan terkemuka Dato Aliff Syukri telah memuat naik satu status dan borang permohonan untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia ke 9

“Kalau ada rezeki tak kemana Doakan semuanya di permudahkan” tulis Aliff syukri di IG milik beliau

Post tersebut mendapat perhatian dari ibunya iaitu Bonda Rozita Ibrahim.

‘kau mmg cari pasal nk kena kecam, mak orang pertama akan memberontak’ kata Bonda Rozita di ruangan komen.

Selain itu, warganet turut memberi komen di entri yang dimuat naik oleh Aliff.

Bonda Rozita Ibrahim turut memuat naik satu video ‘sekolahkan’ Alif selepas itu di instagram miliknya.

Jangan ingat lawak kri yer mak tak kira kri anak Mak atau sape , kalau salah Mak tegur ..!! Tetiba nak jadi PM.. Mak takut sangat , Berangin Mak sejak malam tadi x tidur – mak tak caye ko ni , ntah2 betul ko buat ..!! Jangan jadi ahli politik, org berniaga xboleh jadi ahli politik – nanti byk kepentingan diri sendiri – bukan niat nak jaga negara

sbb ko ni merapu – habis negara ..! Mak sayang sumpah sayang – Syang kri sayang negara – mak minta maaf kri tau – sound setepek utk kri tau stand mak..Fokus pd niaga dn jaga anak2 kedepan – byk org yg lebih layak bukan kri ..

Rata-rata netizen terhibur dengan gelagat tersebut.

Untuk lihat video tersebut anda boleh KLIK SINI

Terdahulu, Aliff Syukri Sedih Tak Ada Pembeli Nak Beli Rumah Harga RM6 Juta, Terpaksa Tukar Plan Untuk Disewa

Terdahulu Usahawan terkenal Datuk Seri Aliff Syukri, 34, terpaksa membatalkan hasratnya untuk menjual kediaman mewah miliknya yang terletak di tengah-tengah ibu kota Kuala Lumpur.
Menurut Aliff, keputusan itu berubah disebabkan dia tidak mendapat sambutan daripada pembeli kerana rata-ratanya tidak berkemampuan untuk membeli rumah yang berharga RM6 juta itu.

“Kesian saya tunggu pembeli-pembeli tak kunjung tiba. Sedih sangat saya sebabnya nak jual rumah apartment saya di Pavillion Bukit Bintang ni.
“Akan tetapi sebab musim PKP tak ada orang yang mampu membeli rumah ni. Padahal saya dah jual murah daripada nilai pasaran hanya RM6 juta berkelengkapan penuh (fully furnished),” tulisnya.

Menerusi sebuah entri di Instagram (IG) miliknya, Aliff memuat naik beberapa keping foto menunjukkan ruang yang ada di dalam kediaman berkeluasan 3 ribu kaki persegi itu.

Video :

Susulan itu, pelantun lagu Abang Nak Tegur akan menyewakan rumah tersebut dengan harga sewa yang diberi diskaun.

“Disebabkan pembeli tak ada, saya rasa nak sewa sahaja rumah ini pada harga murah-murah. Kepada anda yang nak, sewa bulanan saya bagi diskaun harga sebenar sebulan hanya RM 28,000. Sebab musim Covid saya bagi 45% -50% diskaun.

“Rumah ni betul-betul bawah Pavilion jadi kalau nak shopping beli beg Gucci, LV ka Prada ka turun ja bawah lift dah sampai.

“Memang senang dan yang paling seronok pasal rumah ini adalah dia tidak pernah sunyi 24 jam. Nak makan boleh terus makan dekat food court Pavilion, nak tengok wayang turun bawah saja,” tulisnya lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *