Luna Maya

Baru nyanyi sikit masa ‘live’ dah kena potong, ramai sokong tndakan pengacara kawaI Aliff Syukri

Nama usahawan kosmetik kontroversi, Datuk Seri Aliff Syukri rasanya tidak perlu diperkenalkan lagi.

RAKAMAN VIDEO ADA DI BAWAH SEKALI

Mana tidaknya, sejak akhir-akhir ini, dia menerima pelbagai kecaman serta kritikan yang hebat susulan lagu terbaharunya yang berjudul Baby Sayang bersama penyanyi kontroversi, Baby Shima.

Tohmahan demi tohmahan diterima, ia tidak membuatkan Aliff Syukri kenal erti ‘henti’ dan berputus asa bagi meneruskan rangka promosi karya terbaharunya.

Terbaharu, usahawan berusia 35 tahun itu dijemput dalam sebuah rancangan bual bicara Selamat Pagi Malaysia di saluran Rancangan Televisyen Malaysia (RTM) bagi tujuan promosi produknya.


Bagaimanapun, tular segmen Aliff mempromosikan produk lain pada hari yang berlainan di mana , dia dilihat mengambil kesempatan yang ada dengan ‘menyelit’ dan menyanyikan lagu Baby Sayang.

Menariknya, baru sahaja dua baris lagu Baby Sayang dinyanyikan oleh Aliff Syukri, pengacara program tersebut secara tiba-tiba ‘memotong’ nyanyiannya dan mencelah bertanyakan soalan lain.

Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi di kalangan warganet di mana ramai mengakui rasa terhibur dengan tindakan spontan pengacara berkenaan selain mempersoal ‘confident level’ usahawan tersebut.

Selain itu, terdapat warganet menyamakan tindakan Aliff Syukri itu seperti kawan Nobita iaitu Giant kerana tetap ‘nyanyi’ meskipun mengetahui suaranya sumbang.

Tonton Video : SILA KLIK DI SINI

Sumber: TikTok @tikuscomel_xo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *