Seakan tidak pernah insaf, usahawan sensasi, Datuk Aliff Syukri sekali lagi menjadi perhatian netizen.
Ia apabila dia tampil dengan aksi yang mengghairahkan bersama penyanyi kontroversi, Baby Shima demi mempromosikan lagu terbaharunya yang berjudul, Baby Sayang.
Rakaman Video ada di Bawah Sekali
Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh Aliff di laman Instagramnya, kelihatan dia bersama Shima sedang ghairah menari untuk lagu dangdut mereka itu tanpa berasa malu.
Apa yang membangkitkan kemarahan netizen, tarian seperti penari tiang yang dilakukan oleh Shima yang hanya memakai seluar pendek.
Ia sehingga menampakkan sebahagian kakinya dianggap keterlaluan dan menjatuhkan maruah sebagai wanita muslim.
Bukan itu sahaja, netizen juga menyifatkan kedua-dua selebriti tersebut tidak pernah serik dalam menghasilkan ‘content’ yang tidak mendatangkan faedah sehingga sanggup menjatuhkan maruah demi meraih populariti.
Malah, netizen turut ‘mengucap’ apabila melihat aksi tidak senonoh Aliff dan Shima dan meminta mereka untuk segera bertaubat atas perbuatan yang dilakukan.
Usahawan kontroversi, Datuk Aliff Syukri mengejutkan ramai apabila dia akan meninggalkan dunia laman sosial selepas menerima kecaman hebat susulan muzik video Baby Sayang yang dikatakan tidak senonoh bersama penyanyi sensasi, Baby Shima.
Bagaimanapun, menerusi hantaran terbaharu di laman Instagramnya, usahawan berusia 35 tahun itu telah menimbulkan tanda tanya netizen apabila dia muat naik sebuah gambar ubat dengan kapsyen, “matikan aku dengan tenang dan beriman”.
Perkongsian itu telah mencetuskan kerisauan serta persoalan netizen mengenai keadaan yang terkini Aliff dan adakah hantaran gambar itu satu mesej untuk dia membunuh diri atau sebaliknya.
Bagaimanapun, majoriti netizen menyifatkan perkongsian Aliff itu adalah drama semata-mata untuk meraih simpati dalam kalangan warganet.
Sebelum ini, Aliff memuat sebuah rakaman permohonan maaf di laman Instagramnya dimana dia dilihat menangis teresak-esak dan mengakui segala kekhilafan yang telah dilakukannya sepanjang aktif di media sosial.
Bukan itu sahaja, Ibunya iaitu,Rozita Ibrahim turut meminta anaknya memadamkan klip video teaser lagu dangdut berjudul Baby Sayang dalam tempoh 24 jam demi menjaga nama baik isteri serta anak-anak yang lain.
Kesemua post yang berkaitan telah pun tiada di instagram beliau.
Sumber: Instagram @aliffsyukriterlajaklaris