SEJAK kes dera membabitkan seorang kanak-kanak berusia empat tahun menjadi tular, ramai pihak mula mempersoalkan punca sebenar perlakuan tidak berperikemanusiaan pendera itu.
RAKAMAN VIDEO SAKSI ADA DI BAWAH SEKALI
Perlakuan suspek yang merupakan pasangan suami isteri bertindak kejam memukul mangsa yang berstatus anak angkat dengan pelbagai objek termasuk penyapu dan penyangkut baju meruntun jiwa masyarakat yang mempunyai hati dan perasaan.
Pasangan itu merupakan seorang wanita tempatan dan lelaki warga Singapura berusia dalam lingkungan 28 tahun hingga 30-an.
Sementara itu tambah Aqil yang memiliki lebih 1.1 juta pengikut di TikTok, sepanjang pemerhatiannya suspek sering bertindak kasar terhadap mangsa setiap kali tibanya waktu makan.
Dakwa Aqil, suspek akan memaksa mangsa untuk makan makanan dalam jumlah yang banyak seperti orang dewasa.
“Dia akan bagi mangsa makan hidangan sama seperti kami makan. Kalau menu pada hari tu yang pedas-pedas seperti kari ayam, kanak-kanak itu pun dipaksa makan.
“Si pelaku cakap kononnya tindakan dia ni untuk gemukkan mangsa kerana sewaktu diambil daripada ibu kandungnya, budak ni kurus.
“Tapi macam tak logik budak umur empat tahun tak diberi susu tapi diberi makan makanan orang dewasa dengan kuantiti besar.
“Setiap kali waktu makan, ketika itulah mangsa dipukul kerana dipaksa telan makanan. Apabila makanan tu tak habis suspek akan pukul,” katanya.
Menjawab kepada persoalan ramai mengapa mereka mengambil masa yang lama sebelum melaporkan kepada polis, Aqil berkata dia perlu mengumpul bukti sebelum bertindak.
“Kalau kami ambil tindakan tanpa bukti pun polis tak akan percaya. Jadi kami cuba sedaya upaya dapatkan bukti yang kukuh dan jelas untuk diberikan pada pihak polis.
“Saya baru saja dapat rakam video tu secara senyap-senyap. Si pelaku tak tahu pun saya rekod sebab saya pura-pura tengah minum air sambil rakam.
“Apabila dah dapat bahan bukti kami pun berpakat untuk ambil tindakan sebab dah tak sanggup tengok mangsa terseksa macam ni, katanya.
Untuk rekod pasangan itu direman tujuh hari sehingga 28 Julai ini untuk disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.
Tonton Video Penuh : SILA KLIK DI SINI
sumber Mstar