Assalamualaikum admin. Sebelum tuh aku nak mintak admin hide kan profile nih sebab ini akaun kawan aku.
Dan diharapkan kisah aku boleh diambil iktibar oleh semua rakan2 krt. Ceritanya begini, kejadian pada tahun 2019..
Tapi terlebih dahulu aku ceritakan serba sedikit mengenai diri aku dengan perkahwinan dengan suami pertama aku.
Aku berkahwin dengan suami pertama aku selama 6 tahun dan dikurniakan seorang anak.
Aku hanya suri rumah sepenuh masa tetapi kerja2 rumah semua dibuat oleh bekas suami pertama.
Dari memasak, mengemas, siapkan anak, mencuci baju dan rumah semua suami yang lakukan walaupun dia bekerja.
Aku hanya duduk dan tunggu semua disiapkan oleh bekas suami. Suami anak yatim piatu, kehilangan kedua arwah ayah dan ibunya sewaktu dia di zaman universiti.
Dan waktu itu dia terpaksa menjaga 2 orang adik jadi dia terpaksa berhenti pengajian.
Oleh sebab kerajinan dia terbawa bawa hingga ke alam perkahwinan.
Aku amat beruntung. Tapi Allah nak menduga. Masuk perkahwinan kami yang ke 6, aku mula rasa rimas.
Aku rimas bila aku terpaksa duduk di flat yg parking keretanya susah. Kalau bernasib baik, dapatlah parking dekat dengan bangunan rumah.
Kalau nasib tak baik terpaksa parking jauh dan berjalan kaki. Dan kadang2 lif pula rosak. Naik ke tingkat 7 paling menyiksakan.
Sejak mengandungkan anak tunggal kami, aku kerap merungut dengan suami aku.
Dan selepas beranak, aku makin galak merungut ditambah aku mula menghina pekerjaan dan fizikal suami aku.
Suami aku hanya seorang technician. Kadang2 dia akan buat kerja luar untuk duit tepi.
Tapi duit upah dia akan simpan. Katanya untuk anak bila dah mula masuk sekolah nanti.
Bab nafkah dia hanya berikan pada aku rm300 sahaja sebulan. Bagi aku tidak cukup untuk beli barang keperluan diri.
Walhal masa tuh suami belikan barang2 keperluan dapur, nafkah yg diberi untuk diri aku sendiri.
Itu pun aku tak faham kenapa aku tak besyukur. Fizikal bekas suami aku nih tak lah gmok, cuma chubby sedikit. Tapi berkulit hitam manis.
Mungkin disebabkan terlalu banyak terdedah dgn matahari. Bau badan tak payah cakap. Walaupun dah mandi, bau masam tetap melekat.
Jadi aku dah tak bagi dia sentuh aku. Perasaan nak bersama tuh ada, tapi aku tak boleh dengan bau badan dia.
Dan sejak itu kami dah tak tido sebilik. Bekas suami akan tido di ruang tamu.
Sewaktu ketiadaan suami aku telah berkenalan dengan seorang lelaki bujang difacebook orangnya tampan mempunyai akuarikat sendiri dan tinggal tak jauh dari tempat tinggal aku.
Dipendekkan cerita, pada penghujung 2019, suami terpaksa ke utara tanah air untuk mengikuti kursus elektrik untuk kenaikan pangkatnya.
Masa tuh anak tunggal kami berusia setahun. Aku minta bekas suami hantar anak kami ke rumah mak ayah aku.
Aku bagi alasan aku tak sihat. Suami jadi serba salah untuk tinggalkan aku. Suami bertanya, aku tak mahukah ikut ke rumah mak dan ayah?
Aku berkeras kata tidak mahu dengan alasan rumah tuh panas. Lalu suami hantar anak terus ke tempat kursus selama seminggu.
Aku berpesta zna dirumah tuh. Aku tidak bawa lelaki itu datang ke rumah, tapi kami kerap video call. Pernah kami berjumpa tapi setakat makan2.
Aku masih lagi takut2. Dan setiap hari lelaki itu memujuk aku untuk meminta cerai dengan suami.
Dia berikan bermacam janji hingga aku terpukau kerana bagi aku inilah yang aku mahukan.
Duduk di condo mewah, mempunyai bibik, setiap minggu bercuti didalam dan luar negara.
Selama seminggu call dari suami aku tak endahkan. Bila suami tanya, aku cuma kata aku perlukan rehat.
Setelah seminggu suami balik dari kursus, aku mula semak. Aku kerap kunci pintu bilik dan makin berkasar dengan suami. Dalam fikiran aku, biar suami ceraikan aku cepat2.
Tetapi sebulan berlalu, suami masih tak ceraikan aku walaupun bermacam macam perkara aku buat untuk bagi dia sakit hati.
Dan akhirnya setelah berbincang dengan lelaki simpanan aku, aku bersetuju untuk buat satu perkara nih iaitu nusyuz.
Aku nekad keluar rumah dan tinggalkan anak dengan jiran. Aku bersama dengan lelaki itu seminggu.
Kerana nfsu serakah, aku serahkan badan aku yang sepatutnya untuk suami aku, aku berikan pada dia.
Suami dan ahli keluarga aku hubungi aku, aku buat tak endah. Sehari beratus panggilan dari mereka.
WhatsApp dan mesej tak perlu cakap, terlalu banyak. Hinggalah bekas suami ugut untuk buat laporan polis, barulah malam tuh aku balik.
Aku tengok depan rumah banyak kasut, aku akuak ahli keluarga aku semua dalam rumah tuh.
Jejak sahaja kaki ke dalam rumah, aku ditampar oleh ayah. Berkali kali ayah tanya aku, aku pergi mana?
Aku hanya diam. Bila aku rasa dah serabut, terus aku bersuara yang aku mahu diceraikan kerana aku dah ada seseorang dan aku yakin itu jodoh aku.
Bukan suami aku yang ini.
Aku ceritakan yang kami dah kenal lama dan dah pun berzna. Suami terduduk lalu menangis.
Ibu pula pengsan. Ayah hanya terkedu. Tiba tiba pipi kanan aku sakit dan mata aku berpinar.
Rupanya kakak sulung aku pula bagi penampar dalam pada tangan sebelah dia masih dukung anaknya yang sebaya dengan anak aku.
Kakak sulung hamburkan kata kata makian pada aku.
Dia kata aku perempuan tak tau berayukur dan dia suruh aku melutut pada suami. Dalam keadaan yang agak huru hara, fikiran aku masih pada teman lelaki aku.
Jadi aku tak menyesal apa yang aku lakukan. Lalu suami bangun, dengan lafaz bismillah suami ceraikan aku.
Aku waktu itu terlalu lega. Lalu aku ke bilik dan berkemas.
Aku hanya kemas apa yang penting sahaja sebab aku tahu teman lelaki aku akan sediakan semua.
Sewaktu melangkah keluar ayah memberi amaran, sekiranya terjadi apa2 dia tak akan masuk campur.
Aku hanya dengar sahaja sebab dalam kepala otak aku hanya fikir aku selamat dengan teman lelaki aku nih.
Awal bulan 2 tahun 2020, aku selamat diceraikan di mahkamah.
Aku didenda dan aku mampu membayar denda tersebut disebabkan teman lelaki aku kaya.
Dalam waktu edah, aku dan teman lelaki ke siam untuk bernikah. Kami tipu tok kadi mengatakan aku bujang.
Selesai nikah kami berbulan madu di phuket dan seterusnya ke langkawi. Memang aku rasakan yang dunia nih kami yang punya.
Seronok berbulan madu tanpa fikirkan perasaan orang2 yang kami lukai.
Tapi aku sangkakan panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengahari. Masa bulan 3, dunia dikejutkan dengan pandemik.
Dan rakyat diseluruh dunia diminta untuk duduk dirumah. Ketika itu aku dan suami ingat hanya sebulan, rupanya berlanjutan hingga hampir 6 bulan.
Sebulan pertama tiada masalah, masuk bulan kedua bisnes suami makin merosot. Jadi suami terpaksa berhentikan bibik kami.
Aku makin tak keruan kerana segala kerja rumah aku yang kena sediakan. Suami sibuk selamatkan bisnes dia.
Aku jadi tak reti masak sebab sebelum nih bekas suami yang buatkan semua. Suami yang baru nih hanya tahu mengarah sahaja.
Makanan tak sedap dia akan marah2. Mula dari situ perangai sebenarnya keluar. Aku dah mula stress.
Penat dan mula rindu dengan bekas suami. Tapi perasaan tuh aku cepat2 matikan. Sehinggalah pada suatu hari, dibahagian kemaluan aku sakit sangat.
Bagai ditoreh toreh sakitnya. Waktu itu suami tiada, dia ke pejabat atas urusan kerja.
Aku menghubungi suami tapi tak di angkat. Jadi aku hubungi ambulans untuk ambil aku dirumah.
Sampai di hospital, doktor yang merawat kata tiada apa2 walaupun dah di x-ray. Doktor buntu dengan sakit aku.
Esoknya aku keluar hospital dengan menaiki grab. Suami tak datang. Sibuk katanya. Sampai dirumah aku ke tandas untuk membuang hajat kecil.
Dan aku terhidu bau yang amat busuk, aku meraba di kemaluan aku. Banyak lendir berwarna coklat keluar bersama air kencing.
Baunya aku sendiri nak muntah.
Sewaktu aku selesai membasuh, aku dengar suara suami batuk seperti mau muntah. Dia tanya aku bau apa nih?
Aku ceritakan semua dengan harapan dia faham dan risaukan aku. Ternyata harapan aku meleset.
Dia malah memarahi aku dan meminta buat sesuatu supaya bau busuk itu hilang. Dan dia terus keluar rumah.
Malam sewaktu aku tunggu dia dirumah, aku dapat mesej dari dia mengatakan dia tidur dirumah kawan.
Alasan dia, bau busuk tuh buat dia tak senang. Aku akur. Malam aku tidur, aku bermimpi yang amat dahsyat.
Aku bermimpi aku di nraka, aku disiksa dan dibakar. Hingga aku bangun badan aku berpeluh, walhal di bilik ada penghawa dingin.
Aku menangis semahunya. Dan mimpi itu berlanjutan sehingga sebulan. Diri aku jadi kusut masai, suami aku pula dalam diam dah pasang baru pada bulan 10 tahun lepas.
Aku terus buntu. Nafkah tidak dibagi. Aku terpaksa minta ehsan dari jiran2 untuk makan.
Nasib aku baik seorang jiran cna banyak bantu aku dari segi makanan. Katanya dia kesian pada aku. Sehinggalah pada suatu hari aku jatuh sakit.
Aku pengsan dirumah. Kebetulan jiran datang beri makanan, dia yang hantar aku ke hospital.
Sewaktu pengsan aku bermimpi lagi perkara yang sama. Tapi kali nih aku nampak bekas suami aku berjubah putih dan berserban hanya berdiri memandang aku dari atas melihat aku diseksa.
Aku memanggil nama dia. Tapi tiada respon. Dia hanya memandang aku dengan pandangan sayu.
Apabila aku terjaga. Aku lihat keluarga aku di sekeliling katil aku. Ibu aku menangis teresak esak.
Ayah minta aku bertaubat. Kata mereka aku meracau teruk hinggakan kaki dan tangan aku di ikat. Aku tanya ayah mana bekas suami aku.
Ayah cuma kata tak tahu. Kata ayah, kali terakhir dia jumpa dengan bekas suami awal bulan 3 tahun lepas sebelum pandemik.
Bekas suami di masjid seorang diri selepas zohor.
Ayah nampak bekas suami berdoa sambil menangis teresak esak dan kemudian dia bersujud dan dalam sujudnya pun dia masih menangis sampaikan ayah dan imam terpaksa memujuk dia.
Ayah kata, bila nampak suami begitu ayah tak sedap hati.
Dia tahu akan datang masalah terbesar akan datang pada aku sebab air mata suami aku adalah air mata seorang yang dizalimi.
Aku jadi takut dengan cerita ayah. Aku nak cari bekas suami aku. Aku nak minta maaf pada dia.
Aku nak sujud kaki dia. Aku berdosa besar pada dia. Aku menangis semahu mahunya. Ayah tenangkan aku.
Hari ini, aku diceraikan oleh suami baru aku dan aku dihalau keluar. Aku redha kerana inilah kifarah aku.
Pada wanita diluar sana, hargailah suami anda. Wang, kekayaan boleh dicari bersama. Tapi keikhlasan, hati budi dan tanggungjawab bukan semua boleh pikul.
Pada bekas suami aku, aku harap abang baca cerita aku nih. Aku nak minta maaf, aku nak bersama dengan abang kembali.
Aku nak jaga abang dan tunaikan tanggungjawab seorang isteri.
Part II: Aku tak tahu nak mula dari mana tapi aku dalam dilema. aku seorang suri rumah baru bersalin anak sulung.
Masih baby lagi, aku ada seorang suami yang sangat bertanggungjawab, bab nafkah dan segala hal dalam rumah dia tak pernah culas.
Barang2 keperluan aku pun semua dia belikan, nafkah lain, duit belanja lain, barang dapur semua dia beli. kira bab duit tu semua takde masalah.
Masalhnya ialah dia seorang yang panas baran.
Baru2 ni aku bergaduh dengan dia sebab aku tertidur bila dia ajak keluar masatu dia marah dn keluar sorang tinggalkan aku dan anak berbuka sendiri di rumah.
Aku mesej dia luahkan rasa terkilan dengan perangai dia. aku suruh dia balik, dia balik tu aku terus merajuk dengan dia, dan aku harap dia pujuk.
Tapi dia buat macam tak ade apa2 berlaku jadi aku protes dengan menghentak pintu, tiba2 dia naik angin dan pukul aku dengan teruk dan hampir2 bnh aku.
Sekarang muka dan badan aku lebam2 paling aku tak boleh terima bila dia ckik aku dan ludah muka aku.
Aku tahu dia diluar kawalan dan aku yang buat dia jd macam tu, sebab dia marah aku protes dengan menghentak pintu.
Aku asalnya cuma inginkan perhatian dia, aku nak dia pujuk aku dan ajak aku makan sebab aku tak makan sebutir nasi pun lg.
Aku tunggu dia balik baru aku nak makan berdua tapi lain jadinya.. dan ini bukanlah kali pertama aku bergaduh teruk dengan dia..
Dari awal kahwin banyak kali kami bergaduh, dan aku pernah cuba lari rumah.. sebab mulut suami aku sangat tajam dan bisa.
Bila dia marah bermacam2 kata sumpahan yang akan keluar dari mulut dia tapi aku masih bertahan sebab selepas pergaduhan dia selalu cakap dia tak pernah maksudkan pun apa yang dia ckp bila dia tgh marah..
Masa pregnant dulu dia pernah cakap macam2 hingga doa aku supaya aku susah dan siksa bersalin nanti.
Hati aku terluka..tapi aku bertahan sebab di sudut lain suami aku ada kebaikannya. sekarang aku tak tahu patut ke aku berpisah?
Aku fikirkan anak aku yang masih baby lagi dan jauh di sudut hati aku masih sayangkan suami.
Aku buntu, perlu ke aku bertahan? maaf ayat aku berterabur sebab aku serabut sekarang ni.
Sumber KRT