Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Terima kasih admin andai confession aku ni disiarkan. Nama aku S. Berumur 27 dan baru sahaja berkahwin setahun lebih. Dalam keluarga aku mempunyai 4 orang lelaki dan 2 orang perempuan termasuk aku. Aku dibesarkan dalam keluarga yang dimana lelaki dirajakan dan perempuan dihambakan dimana kerja2 rumah dan luar rumah seperti berkebun dilakukan oleh perempuan.
Dari memasak, mengemas, angkat pasu dan bercucuk tanam, semua dilakukan oleh perempuan di dalam keluarga ini termasuk lah ibu ku.
Yang lelaki, biasanya akan duduk di ruang tamu, bersila dan menunggu makanan di hidangkan diketuai oleh ayah aku.
Biasanya ketika makan bersama, aku akan ulang alik ke dapur jika abang2 atau ayah aku menyuruh aku refill air basuh tangan, atau pun buat air panas, atau tiba2 disuruh utk goreng telur.
Ibu pula biasanya tidak akan makan sekali. Tugas nya adalah melayan ayah aku dan anak2 lelakinya ketika makan. Kadang2 aku kesian dengan ibu sebab ayah selalu suruh dia buat macam2.
Ibu aku jenis seorang yang paksa diri asalkan dapat memuaskan hati ayah. Kadang2 muka ibu kelihatan penat dan lesu apabila buat macam2 mengikut kehendak ayah.
Aku juga selalu disuruh untuk menjaga anak2 buah aku dirumah. Mandikan, bagi makan, tidurkan anak2 buah ketika ibu bapa mereka sedang asyik tengok TV atau pun keluar berjalan2.
Aku seperti sudah biasa dengan tugas2 ini dan sudah lali, dan aku juga tidak boleh kata NO kepada mereka kerana bimbang akan diungkit2.
Oleh sebab culture keluarga aku sebegini, ibu aku selalu pesan kepada aku apabila sudah berkahwin, aku wajib paksa diri untuk memenuhi kehendak suami. Jangan bagi alasan penat, paksa sahaja walaupun sedang skit.
Kalau skit, ubat diri sendiri, jangan susahkan suami. Jangan minta suami buat itu ini. Bak kata ibu, isteri wajib berkhidmat kepada suami. Aku hanya mengiyakan sahaja dan akur pada kata2 ibu.
Nak dijadikan cerita, pada 2018, aku bernikah dengan seorang lelaki yang aku kenal sejak sekolah lagi. Dia merupakan kawan baik aku dan akhirnya jodoh aku.
Suami aku agak misteri. Semasa kami bercinta, aku tidak dapat agak perangai sebenar dia atau peribadi dia. Aku hanya tahu dia mempunyai kerja yang bagus di syarikat GLC dan mempunyai gaji yang lumayan.
Suami aku merupakan anak orang berada. Mereka tinggal di sebuah rumah banglo yang mempunyai laman yang besar. Adik beradik suami aku semuanya lelaki, dan mereka tidak mempunyai ibu lagi.
Beberapa hari selepas bernikah, kami balik ke rumah kami. Berbekalkan nasihat ibuku bahawa isteri wajib berkhidmat habis2an untuk suami, aku persiapkan mntal dan fizikal aku untuk berkhidmat untuk suami aku.
Pagi hari kedua di rumah kami, aku bangun awal untuk siapkan makan pagi suami aku. Suami aku tiada di sebelah, mungkin pergi keluar lepak kot.
Aku pun terus ke dapur dan ku lihat suami ku sedang keluarkan barang2 untuk dimasak. Dia pandang aku sambil senyum, “Jom masaaaaaakkk” dia kata sambil ketawa. Aku terkedu seketika.
Kemudian aku pun mula memasak, melihat suamiku menolong aku, aku dapat lihat yang dia sudah biasa buat kerja2 di dapur. Aku seperti janggal sebab ada lelaki di dapur menolong sekali kerana budaya keluarga aku amat berlainan.
Hari demi hari, aku dapat lihat suami aku banyak ringan kan beban2 aku. Kalau aku buat kerja2 rumah, dia mesti akan tolong. Basuh baju, angkat baju, buang sampah, lead memasak dan sebagainya. Dia akan pastikan semua urusan selesai, baru lah dia akan buat hal2 personal dia seprti main game.
Tiba hujung minggu, pertama kali aku untuk balik ke rumah family dia. Aku rasa agak nervous. Dalam kepala aku, biasanya orang2 berada ni banyak cekadak sikit. Sekali lagi aku persiapkan mntal dan fizikal aku untuk menghadapi apa2 cabaran.
Aku fikir, disebabkan semua adik beradiknya lelaki, mungkin aku dan ipar2 aku akan dihambakan lagi. Baiklah aku bersedia. Aku disambut baik oleh family suami aku. Bilik cantik sudah disiapkan untuk kami bermalam di situ.
Tanpa aku sangka, keluarga nya sangat peramah dan baik2 belaka. Mereka juga mempunyai kerja2 yang bagus dan masing2 mempunyai degree dalam bidang2 yang bagus.
Ayah mertua aku juga rajin berbual dengan aku bertanya macam2 tentang aku dan kerjaya aku. Buat kali pertama, aku rasa seperti di hargai.
Keesokan pagi di rumah mertua, aku ke dapur untuk memasak untuk keluarga mertua. Sekali lagi aku terkedu kerana yang berada di dapur hanyalah suami aku, adik beradik suami aku dan ayah mertua aku. Mereka sedang memasak sambil gelak ketawa dan bergurau senda.
Aku hanya tolong benda yang kecil2 seperti basuh cawan. Rupa2 nya keluarga suami aku ni masing2 pandai masak dan rajin buat kerja2 rumah. Dari sinilah aku tahu dari mana suami aku dapat perangai rajin dia.
Ipar2 perempuan aku kata, biasanya di rumah ni, yang lelaki2 suka buat kerja sesama mereka. Jadi kami yang ipar2 ni tak perlu masuk campur jika tiada keperluan. Kalau tolong pun, kami tolong yang ringan2 sahaja. Kerja2 berat, lelaki2 sini buat semua sendiri.
Aku lihat ipar2 aku melayan isteri mereka bagai seorang permaisuri. Layan dengan penuh gelak ketawa, gurau senda. Tidak pernah aku sekalipun aku tengok abang2 ipar aku menyuruh isteri mereka buat benda berat2. Kalau setakat mintak tolong amik air, itu biasa lah.
Di sini, jika sampai waktu makan, semua orang akan masak dan hidang kan makanan sama2. Setelah selesai hidang, baru lah semua ambil tempat duduk untuk makan sama2.
Jika ada yang mahu air sedap2, mereka akan ke dapur untuk buat sendiri. Selesai makan, kami akan kemas meja makan sama2. Bila sudah selesai, baru lah semua ke ruang tamu untuk luangkan masa bersama.
Aku sangat kagum dengam keluarga ini. Aku tertanya2 macamana lah ibu bapa mereka didik mereka. Ibu mereka sudah tiada, tapi masih berdisiplin.
Aku sangat bersyukur suami aku dibesarkan dengan baik, dan bersyukur kerana mempunyai keluarga baru yang baik dan bagus. Sangat berbeza dengan keluarga aku yang menghambakan perempuan. Terima Kasih.
Part 2, sambungan dari kisah di atas.
Assalamualaikum semua. Ini adalah sambungan daripada confession tempoh hari. Aku tengok banyak komen2 yang positif.
Dan ada jugak komen yang cakap cerita aku ni seolah too good to be true la, cerita rekaan la dan sebagainya. Terpulang kepada anda jika ingin percaya atau tidak. Hari ini saya akan cerita ujian2 yang kami hadapi.
Tidak dinafikan semestinya tak semua indah belaka dalam perkahwinan kami. Ya memang ada ujian yang menimpa kami.
Yang pertama, kami masih belum dikurniakan anak kerana aku ada penyaakit yang membuatkan aku susah untuk mengandung.
Orang cakap biasalah awal lagi. Nak anak ambil masa sikit untuk menjadi. Tapi mestilah aku rasa down dan sedih sebab kawan2 aku yang lain walaupun baru kawin sebulan lebih, dah pregnant. Tapi aku masih lagi tak menjadi. Memang sangat teringin nak anak.
Tapi Alhamdulillah suami ku tak pernah cakap nak kahwin lain, atau pun bermasam muka dengan aku atas sebab aku susah untuk mengandung.
Suami pernah cakap, semua yang kita ada adalah rezeki. Belum ada anak pun rezeki sebab kami boleh luang masa bersama2 dengan lebih akrab lagi.
Untuk ini aku sangat lega. Kadang kala aku takut bila kawan2 cerita yang suami mereka mintak crai semata2 susah untuk mengandung.
Suami aku juga pada awalnya bukan lah seorang yang perfect. Masa awal2 kahwin dulu, suami masih bekerja di syarikat swasta.
Gaji yang sepatutnya orang kata more than average, tapi entah kenapa untuk kami, selalu sesak setiap bulan walaupun hidup masih berdua.
Dulu bila suami dah gaji, dia akan bayar segala komitmen, termasuk nafkah aku, barang rumah dan sebagainya, tinggal lah tak sampai 300 untuk survive setiap bulan. Untuk simpanan memang takde.
Bila ada emergency, macam kereta rosak, kena guna duit tiba2, suami akan kusut, sedih, tertekan sebab rasa diri tak berguna dan miskin. Baju baru untuk aku, sangat2 jarang aku dapat. Suami bertambah stress bila datang hari raya.
Walaupun duit tak banyak, dia masih akan belikan baju raya untuk aku. Dan kemudian dia akan stress memikirkan macam mana nak survive sampai hujung bulan. Dalam k3s ini, aku bersalah.
Kadang2 aku terikut kan kawan2. Kawan dapat baju baru, aku pun nak baju baru. Aku tak pernah cuba untuk fahami suami ku dulu. Maaf kan sayang abang. Masa ni, suami ku liat untuk solat. Kadang2 solat, kadang2 tinggal terutama sekali solat subuh dan asar.
Aku rasa ini lah sebab kenapa rezeki dia asyik tak sampai. Makin lama, entah kenapa suami tiba2 insaf, dia mula solat penuh, baca Quran, dan solat sunat. Kalini dia pula yang kejut aku untuk solat subuh.
Sejak dia mula solat penuh, rezeki dia bertambah2. Ada 1 masa, dia dapat 7 panggilan interview at the same time. Semua dari syarikat besar dan terkenal di malaysia.
Daripada 7, 6 syarikat offer suami ku pekerjaan dengan position yang tinggi dan gaji lumayan. Suami ku terima offer daripada syarikat GLC yang sekarang dia sedang berkhidmat.
Kalau kalian dah baca confession aku yang pertama, suami ku jenis yang rajin tolong buat kerja di rumah. Meringankan beban aku dan akan selalu buat kerja2 yang berat.
Sama juga seperti adik beradik nya. Semua rajin dan pandai masak. Layan isteri bak puteri dengan penuh kasih dan sayang. Tapi dalam keluarga aku, totally opposite. Keluarga aku jenis merajakan lelaki dan menghambakan perempuan.
Bila pertama kali di rumah aku, dia pula yang culture shock sebab terkejut tengok yang perempuan buat kerja macam2, dan yang lelaki di ruang tamu tengok TV, menunggu makanan di hidang.
Tapi suami aku tak biasa macam tu. Suami ku pun beranikan diri tolong ibu ku di dapur. Pada awalnya ibu kurang selesa sebab takut di marah oleh ayah ku kerana membiarkan lelaki buat kerja2 perempuan.
Makin lama, ibu makin selesa bila suami ku tolong di dapur. Dari memotong bahan2, sampai lah masak lauk2 yang simple.
Bila suami ku tolong2 ibu di dapur, ibu nampak lebih gembira dan banyak berbual daripada sebelum2 ni. Mungkin seronok sebab sebelum ni takde anak2 lelaki yang pernah tolong di dapur.
Kalau tiba waktu makan, dulu kami yang perempuan ini akan melayan yang lelaki2 makan. Cedok lauk, buat air, amik air basuh tangan.
Kami biasanya tak sempat habis makan sebab sibuk melayan kehendak2 yang lelaki2 ni. Biasanya aku lah yang jadi mngsa untuk ke dapur buat itu ini semasa makan.
Pertama kali suami ku makan bersama keluarga ku, belum sempat aku suap nasi, abang2 dan ayah ku seperti biasa mintak aku goreng kan telur dan buat kan nescafe. Aku pun macam biasa terpaksa turuti kehendak mereka.
Tapi tiba2 suami cakap, “Duduk sayang. Makan sampai habis sebelah abang.” Aku jadi terhimpit, tapi aku tahu aku kena ikut cakap suami. Abang2 ku dan ayah ku sudah mula menarik muka dan ini membuatkan aku kurang selesa dengan situasi ni.
Aku juga selalu jadi mngsa untuk menjaga anak2 buah aku sebelum ni ketika parents mereka sedang menonton TV atau keluar berjalan2. Aku lah yang selalu beri mereka makan, mandi kan dan tidur kan mereka.
Satu masa, abang2 aku dan isteri mereka ingin keluar berjalan2. Mereka suruh aku mandikan dan beri makan pada anak2 mereka.
Tapi sebelum aku berbuat apa2, suamiku suruh aku masuk bilik dan rehat. Aku hanya turut kan saja permintaan suami dan aku lihat muka abang2 ku dan isteri mereka terus berubah seolah2 menyampah dengan suami ku.
Bila suami ku masuk bilik, aku persoalkan suami kenapa buat macam tu. Jujur aku rasa marah dan risau dengan tindakan suami. Aku takut adik beradik ku akan cakap2 macam2 pasal suami ku.
Tapi aku ingat lagi suami menjawab persoalan ku,
“You are my priority. My wife. Bukan hamba diorang. Kalau tolong sebab memang perlu, its ok. Kalau setakat nak lepas tangan daripada jaga anak2, baik tak payah beranak, tak payah kawin.
Those hard times for you dah habis, Its now for you to rest and spend your life with me together. Diorang nak benci abang, takpe abang tak kisah, Yang penting, i know i did the right thing for you”.
Masih melekat ayat tu di dalam kepala ku. Mendengar kata2 suami ku, hatiku sebak, berkaca mata ku, aku mintak maaf pada suami kerana aku seolah2 marah dengan suami ku.
Sehingga kini, adik beradik aku dan ayah aku masih kurang suka dengan suami ku. Bila suami cuba berbual dengan mereka, mereka hanya mendiamkan diri dan pulau kan suami ku. Layan acuh tak acuh. Tapi aku tahu suami ku tak kisah. Dia tak pernah sekalipun merungut tentang hal ni.
Life kami tak perfect macam yang diceritakan dalam confession yang pertama. Banyak ujian. Tapi bak kata orang, kalau kita ambil yang baik2, fokus yang baik2 saja, inshaallah, you will feel perfect.
Ramai terkesan dengan perkongsian ini, apa reaksi warganet
Emilia Salam, Wah.. bahagia nya.. sy mmg ajar anak lelaki wat keje umah wlu anak bujang tu cuma nan sorg.. mild autisme plak tu.. sbb abahnya pn sama² buat .. setakat mengemas, mencuci pinggan mangkuk, buang smpah ngan msk nasi.. dia blh buat smua tu.
Alhamdulillah.. sbb nenek² nya pn x merajakan anak lelaki.. hehehehe.. moga perkahwinan kalian kekal till jannah.. aaminn.
Cik Nadia, For me, when i was kid, my sisters and mom yg jadi harimau. Suruh cuci kasut sendiri… Basuh pinggan tiap kali lepas makan. Kalau tak siap kau. Kakak yg garang”, mak yang helpful dan singa dia bertempat. Belajar masak sikit2.
Sampai masuk asrama sekolah menengah- Universiti terus hidup berdikari. Alhammdulillah lepas kawin juga semua benda boleh buat sendiri termasuk masak. Bantu isteri urus anak dll.
Kadang2 selamba masuk dapur rumah mentua masak apa2 menu . My family and life are teach me so much. Alhamdulillah i feel so happy and blessed. Now Misi sy menjadi anak-menantu-suami-daddy mithali. Inshaallah, doakan.
Ayu Rahman, Mak2 la kna main peranan dlm bnda ni.family aku ok.adik2 rajin ke dpur klu nk mkn bnda lain dr mak msk..family mertua pun ok.sbb suami aku boleh tolong2 aku bila nmpk aku pnt.
now time aku lak nk jdikan ank2 laki aku idola gadis2 nnti.sabaq sat nah. sudah2la tu jdkn lelaki raja,pmpuan hmba.zmn kuno2 dulu bolehla.skrg smua dh maju.
Nur Eika, Ni betul x mustahil sbb psgn yg sy knl skrg mcmni sbb ayah dia jenis mcmni. Jenis buat keje umah, msk, semua buat sesama dgn isteri evenmore dia lg kerap msk brbnding isteri dia wlaupn dia sbuk krja sbg polis.
Xde timbul isu…so dia ajar anak lelaki dia buat bnd sama. Kalau ank dh tua bru nk bentuk susah la sikit…kalau contoh dh ada depan mata x perlu suruh pn anak dh pandai ikut sendiri apa ayah dia buat