Seakan tidak pernah insaf, usahawan sensasi, Datuk Aliff Syukri sekali lagi menjadi perhatian netizen.
Ia apabila dia tampil dengan aksi yang mengghairahkan bersama penyanyi kontroversi, Baby Shima demi mempromosikan lagu terbaharunya yang berjudul, Baby Sayang.
Rakaman Video ada di Bawah Sekali
Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh Aliff di laman Instagramnya, kelihatan dia bersama Shima sedang ghairah menari untuk lagu dangdut mereka itu tanpa berasa malu.
Apa yang membangkitkan kemarahan netizen, tarian seperti penari tiang yang dilakukan oleh Shima yang hanya memakai seluar pendek.
Ia sehingga menampakkan sebahagian kakinya dianggap keterlaluan dan menjatuhkan maruah sebagai wanita muslim.
Bukan itu sahaja, netizen juga menyifatkan kedua-dua selebriti tersebut tidak pernah serik dalam menghasilkan ‘content’ yang tidak mendatangkan faedah sehingga sanggup menjatuhkan maruah demi meraih populariti.
Malah, netizen turut ‘mengucap’ apabila melihat aksi tidak senonoh Aliff dan Shima dan meminta mereka untuk segera bertaubat atas perbuatan yang dilakukan.
Tonton Video : SILA KLIK DI SINI
Sumber: Instagram @aliffsyukriterlajaklaris