Sejak tengah malam tadi, sebuah video tular di media sosial memaparkan insiden pergaduhan antara dua pihak dipercayai berlaku di Pasir Tumboh, Kelantan.
Menurut laporan Kosmo! Online, kejadian dipercayai tercetus antara pemandu kereta jenis Perodua Myvi dengan pemandu serta penumpang Perodua Alza yang nyaris terlibat dalam kemalangan.
Seorang pengguna laman Twitter, @ReezaFendi berkongsi rakaman video berdurasi lebih tiga minit itu yang kelihatan pemandu Perodua Myvi bertindak menendang bahagian depan Perodua Alza.
Mungkin berang dengan tindakan itu, ‘geng’ Perodua Alza dipercayai hilang sabar sebelum bertubi-tubi membelasah pemandu kereta Perodua Myvi berkenaan.
Bagaimanapun, pergaduhan tersebut berjaya dileraikan oleh orang ramai dan pengguna jalan raya yang berada di lokasi kejadian.
Malah, pihak Kosmo! Online juga dikatakan sedang berusaha bagi mendapatkan maklumat lanjut daripada pihak polis mengenai kejadian tersebut.
Rata-rata netizen lebih tertumpu kepada penampilan salah seorang wanita di dalam video terbabit yang mengenakan sanggul tinggi berbanding detik pergaduhan.
Aku perati je sanggul akak ni
Itu membuktikan kejadian ni kat Malaysia
Kalau akak tu naik kancil mesti tak lepas
Sila tontom video di bawah :
Sambungan… pic.twitter.com/JQlPEnOCh4
— RxF Rhaled (@ReezaFendi) July 13, 2021
Sumber Kosmo, Cempedakcheese, ReezaFendi