Baru-baru ini, pelakon Fiza Halim memaklumkan bingung apabila dilamar seorang VIP selepas bergelar janda pertengahan tahun ini.
Walau bagaimanapun, nama Fiza kembali menjadi sebutan selepas satu akaun Twitter dikenali sebagai Afrina Farzana.
Dia telah ‘menumpahkan teh’ atau split the tea mengenai seorang selebriti yang didakwa menjadi ‘penyondol’ rumah tangga orang.
Menurut pengguna Twitter yang mengaku sebagai bekas adik ipar kepada Fiza Halim, dia mendakwa selebriti itu sebagai pemusnah rumah tangga orang.
Ia susulan menjadi punca bekas isteri abangnya bercerai dengan abangnya sebelum menikahi Fiza.
Spill The Tea Part l
Kaki Sondol. Sebab dia abang aku dengan wife dia cerai, anak umur 2 tahun ? pic.twitter.com/Kd6lr4Xiyz
— Afrina Farzana (@Afrinafarz) July 9, 2021
Sebelum ini, abangnya pernah berkahwin dan tiba-tiba mahu berpisah dengan isteri yang ketika itu sudah mempunyai anak berusia 2 tahun.
Tidak lama selepas itu, abangnya yang juga merupakan juruterbang di Malindo Air telah merancang berkahwin dengan Fiza.
Namun, perkahwinan mereka mulai mengalami gelombang sekitar 5 bulan selepas abang kepada pengguna Twitter itu meluahkan hasrat ingin bercerai.
Ugut Abg Ikat Dengan Anak
Walau bagaimanapun, Afrina memaklumkan bekas penyanyi kumpulan Elite itu ‘mengikat’ abangnya dengan anak, dan mereka menimang cahaya mata pada 2018.
Dipendekkan cerita, abang kepada Afrina itu telah diturunkan pangkat, namun gaji yang diperoleh tetap berbelas ribu memandangkan masih berada dalam sektor penerbangan.
Hidup Mula Tidak Keruan
Okay masa pun berjalan, and ….. surprise! 9months later, hahaha terus beranak ya kakak iparku. Nampak tak permainan dia, dia nak ikat suami pakai anak, sebab apa? Teruskan baca pic.twitter.com/zKyx4ep7ms
— Afrina Farzana (@Afrinafarz) July 9, 2021
Dari situ, pelakon berkenaan didakwa mula ‘tidak keruan’ kerana merasakan kehidupan mereka tidak mencukupi walaupun hanya tinggal 3 beranak sahaja.
Fitnah Keluarga Cuba Sihiir
Selebriti itu juga didakwa menfitnah ibu mertuanya dengan memaklumkan cuba menyihir keluarganya dengan memberi rantai kepada anaknya ketika itu.
Walaupun teruk dituduh, selebriti itu tetap muka tak malu meminjam wang kepada ibu mertua dan tetap dibagi.
Padahal wanita itu sedaya upaya mahu memecahbelahkan hubungan suami dan ibunya.
Spill The Tea Part II
Penulisan panjang lebar pengguna itu bersambung ke Part 2 pula apabila menyentuh perihal adik beradik.
Menurutnya, pelakon berkenaan cuba melaga-lagakan hubungan adik-beradik suaminya.
Dia juga menceritakan bagaimana susah payah abangnya mencari pendapatan dengan berniaga sambal namun tidak mendpat sokongan isteri.
Ibunya turut memberi mereka sekeluarga wang untuk belanja dan bayar ansuran kereta namun tetap dibalas dengan perkara tidak baik.
Cuba Lagakan Adik Beradik
Kemuncak paling membuatkan mereka hilang sabar adalah selebriti wanita itu menelefon dan memaklumkan yang dia dulu berkahwin dengan seorang pilot bukan pekerja restoran makanan segera.
Permasalahan yang timbul semakin meruncing dan akhirnya mereka berpisah.
Akan tetapi tak lama selepas itu pelakon tersebut berniat untuk rujuk semula dan tinggal di luar negara. Namun ditolak oleh suami ketika itu.
Dari tidak membenarkan melihat anak, pelakon tersebut mulai memberikan kebenaran dan kini semakin kerap menghantar ank ke rumah bekas suami.
Hal ini membuatkan mereka sekeluarga bengang dengan sikap tersebut
Penutup kepada kronologi panjang lebar kisah tersebut adalah keratan akhbar mengenai makluman yang pelakon berkenaan sedang bingung kerana dilamar oleh VIP seusai bergelar janda.
Perkongsian yang dibuat oleh Afrina itu bagi menjelaskan keadaan sebenar yang berlaku terhadap penceraian abang dan pelakon berkenaan.
Dia juga mengakui tidak dapat menahan sabar apabila keluarganya diperlakukan sebegitu terutamanya abang dan ibunya.
Posting berkenaan dihujani pelbagai persoalan
Posting berkenaan kemudian dihujani dengan 1,001 satu persoalan adakah benar pelakon tersebut berkelakuan seperti itu.
Meskipun ramai yang terkejut dengan pendedahan itu, namun tidak kurang juga yang menyebelahi pelakon berkenaan.
Rata-rata netizen memberikan pendapat masing-masing berhubung isu berkenaan dan mahukan kebenaran apa yang terjadi sebenarnya.
Akhirnya Fiza Halim tampil buka mulut
Setelah sekian lama mendiam diri, Fiza Halim akhirnya tampil membuka mulut mengenai dakwaan yang dilemparkan kepadanya itu menerusi satu perkongsian di Instagram.
Bekas anggota kumpulan Elite ini telah memuat naik satu posting memaklumkan bahawa dia sudah membuat laporan polis dan siasatan masih lagi dijalankan.
Jelas Fiza lagi, selama ini dia hanya mendiamkan diri adalah atas nasihat pihak polis.
Laporan polis sudah dibuat
Polis arahkan saya tidak membalas dan menjawab apa-apa pertanyaan
“Apa yang boleh saya bagitahu kat sini, selama 4 hari ni saya berdiam diri tak nak ulas apa-apa.”
“Pihak polis mengarahkan saya supaya tidak membalas atau menjawab apa-apa pertanyaan.”
Semua masih lagi dalam siasatan
“Ini kerana segala DM, comment yang saya dapat selama 4 hari ni telah dipantau oleh pihak SKMM dan jugak pihak polis.”
“Semua masih lagi dalam siasatan. Account saya ni dah pun dirujuk ke bahagian pihak yang berwajib.”
Segala aib, hinaan, cacian dan makian akan sampai ke pihak SKMM
Fiza sempat memberi amarakan kepada semua individu yang pernah memberi komen cacian dan hinaan kepadanya supaya bersiap sedia untuk disiasat oleh pihak polis.
“Untuk pengetahuan semua, segala DM dan komen berbentuk aib, hinaan, cacian & makian selama 4 hari yang saya dapat ni dah pun sampai ke pihak SKMM.”
Jadi bersiap sedia untuk di soal siasat
“Jadi bersiap sedialah ya semua yang pernah hantar DM dan komen ke saya akan di soal siasat. Tak mau cakap banyak, kita tunggu dan lihat saja.”
Jadi bersiap sedia lah ya semua yang pernah hantar DM dan komen ke saya akan di soal siasat. Tak mahu cakap banyak, kita tunggu dan lihat.
Sumber: Twitter Afrina Farzana, YOY, OHMyMedia