Luna Maya

Khabar duka, Amil LZS meninggal dunia dirempuh motosikal ketika hendak solat Jumaat

SHAH ALAM- Seorang amil Lembaga Zakat Selangor (LZS) maut ketika ingin menunaikan solat Jumaat selepas dilanggar motosikal dalam kemalangan di Persiaran Akuatik, Seksyen 13, di sini, hari ini.

RAKAMAN ADA DI BAWAH SEKALI

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.16 tengah hari, mangsa yang maut dikenali Muhammad Syahirul Anuar Razali, 30.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, berdasarkan siasatan awal mendapati mangsa terjatuh daripada motosikal ketika hendak memasuki simpang kanan di Persiaran Olahraga.

“Hanya beberapa meter sahaja sampai ke masjid untuk solat Jumaat. Allahyarham yang lebih mesra dengan panggilan Syiro merupakan sahabat yang terlibat secara langsung dalam menguruskan bantuan kecemasan Covid-19 dan banjir besar akhir tahun lepas,” katanya.

Innalillahiwainnailaihirojiun.

Hari yang mulia, sahabat Amil kami meninggalkan kami. Hanya beberapa meter sahaja hampir sampai ke masjid untuk tunaikan Solat Jumaat.

Merupakan tulang belakang kepada urusan agihan zakat. Moga Allah berkati dan rahmatimu wahai sahabat.

Al fatihah buat Ustaz Muhammad Syahirul Anuar Bin Razali (Syiro).

Sumber Kosmo

Salam takziah
Al-fatihah (dibaca)
بِسْم ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞ صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞ امين

Semoga Allah terima segala amalan arwah dan mengangkat darjatnya disisi Allah,
Semoga pemergian arwah menjadi kerehatan sebenar dari urusan dunia,
Semoga dilindungi dari seksa kubur dan semoga roh arwah ditempatkan dikalangan para solehah,

Allahumma Solli Ala Sayyidina Muhammad.
Amiin Amiin Amiin..

Ucapan Takziah Kematian
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman…. Aaamiin Ya Robbal Aalamiin..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *