Sungai Petani: Dua lelaki maut dalam kemalangan membabitkan tujuh motosikal di Kilometer 102.2 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan awal pagi, hari ini.
RAKAMAN ADA DI BAWAH SEKALI
Kemalangan pada 2.35 pagi itu, mangsa yang berusia 15 dan 22 tahun itu meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah di kepala dan badan.
Menurutnya, pemeriksaan lanjut mendapati semua penunggang motosikal berusia 15 hingga 22 tahun dan tiga daripada mereka termasuk seorang yang meninggal dunia tidak mempunyai lesen memandu.
Sementara itu, dalam kemalangan berasingan seorang remaja perempuan berusia 19 tahun meninggal dunia selepas motosikal ditunggang bertembung dengan motosikal lain yang ditunggang secara melawan arus di Jalan Lencongan Barat, malam tadi.
Difahamkan, dalam kemalangan pada 12.10 tengah malam itu mangsa bersama seorang lagi rakan iaitu wanita berusia 20 tahun menunggang motosikal masing-masing dan dalam perjalanan pulang dari tempat kerja di sebuah pasar raya.
Zaidy berkata, siasatan lanjut mendapati ketika itu mangsa dan rakannya menunggang motosikal dari arah sama iaitu Sungai Jagung menghala Sungai Layar.
“Bagaimanapun, motosikal ditunggang seorang lelaki berusia 52 tahun datang secara tiba-tiba dari arah bertentangan sebelum bertembung dengan motosikal mangsa.
“Akibatnya, mangsa yang parah di kepala meninggal dunia di lokasi kejadian manakala rakannya dan lelaki yang menunggang melawan arus masing-masing cedera di muka dan tangan kanan,” katanya.
“Beginilah cerita yang sentiasa berulang dan berulang dan berulang dari mat rempit, selagi tak hilang nyawa atau cacat, selagi itulah tidak akan mendengar nasihat.Bila dah cacat dan jadi OKU pandai pulak menasihatkan orang lain, time deme dulu berbuih bagi nasihat, tak ada mana nak dengar.” – Siti Rahayu
“Kenapa ya bila terjadi perkara sebegini rupa hanya melibatkan anak2 bangsa melayu, wlupun ajal maut dah tertulis tp teramat rugi, mati sia2 wlupun masih muda …” – Tajri
SUNGAI PETANI – Keluarga pelajar berusia 15 tahun yang maut kemalangan di Kilometer 102.2, Lebuh Raya Utara-Selatan semalam meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian itu kerana ia mengguris hati keluarga mereka.
Abang sulung mangsa, Mohamad Najeb Hakim Roslan, 23, berkata, kejadian yang menimpa adiknya itu berlaku semasa remaja itu dalam perjalanan menghantar seorang kawannya di Kepala Batas, Pulau Pinang.
“Ketika kejadian, motosikal EX5 adik kehabisan minyak dan sedang ditunda sebuah motosikal milik rakannya.
“Sebaik tiba di lokasi kejadian sebuah motosikal lain didakwa telah melanggar EX5 dinaiki adik menyebabkannya hilang kawalan dan merempuh motosikal ditunggang rakannya yang lain,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik, Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini semalam.
Kata Mohamad Najeb, dia mendapat tahu kejadian itu daripada salah seorang rakan adiknya yang sedang mendapat rawatan di HSAH akibat cedera dalam kejadian itu.
Jelasnya, adiknya sebelum keluar daripada rumah mereka di Kampung Kota Bukit pukul 1 pagi tadi telah meminta kebenaran ibu dan bapanya selain dia juga maklum mengenai lokasi adiknya itu.
“Dia menunggang motosikal EX5 dibeli bapa untuk memudahkannya berulang alik ke sekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Jeneri berdekatan rumah kami,” katanya.
Menurut Mohamad Najeb, mereka sekeluarga kesal mengenai persepsi buruk yang diperkatakan orang ramai berhubung kemalangan berkenaan.
“Saya berharap orang ramai menghentikan penyebaran berita tidak benar yang membabitkan adik saya di laman media sosial kerana ia boleh mengguris perasaan kami sekeluarga,” katanya yang bekerja sebagai operator sebuah kilang di Gurun.
Kosmo! melaporkan, seorang pelajar tingkatan tiga dan pemuda berusia 22 tahun maut selepas motosikal dinaiki mereka berlanggar sesama sendiri dalam kemalangan di Kilometer 102.2, Lebuh Raya Utara-Selatan di sini semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 2.35 pagi itu, mangsa yang maut berusia 15 dan 22 tahun akibat kecederaan parah di bahagian kepala, manakala lima lain cedera dan dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini.
Sumber Harian Metro, Kosmo