Luna Maya

‘Nenek Painah dijaga lembaga besar’ – Lelaki jumpa warga emas yg hilang dedah cerita sebenar

Batu Pahat: Keluarga warga emas yang dilaporkan hilang selepas dipercayai keluar ke kebun sawit Rabu lalu berharap wanita itu ditemukan selamat.

RAKAMAN VIDEO ADA DI BAWAH SEKALI

Painah Siwan, 79, gagal dikesan selepas dikatakan pergi ke kebun sawit berhampiran rumahnya di Kampung Parit Sayang di Senggarang, Batu Pahat kira-kira 3.30 petang.

Katanya, semalam pihak berkuasa ada menemui kesan leraian sisa daun sawit yang dicarik-carik di sekitar kawasan pencarian tetapi masih tidak berjaya menemui ibunya sehingga hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Batu Pahat Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, operasi mencari dan menyelamat diteruskan pada hari kedua dan ketiga dengan 187 anggota dan pegawai daripada pelbagai agensi tetapi tetap gagal menemui mangsa.

“Hari ini, operasi mencari mangsa akan diperluas melebihi dari tempat mangsa dilaporkan hilang,” katanya.

Batu Pahat: Wanita warga emas yang dilaporkan hilang sejak Rabu lalu, ditemukan dalam keadaan lemah berhampiran lopak air di kawasan kebun kelapa sawit di Kampung Parit Sayang, Senggarang di sini, hari ini.

“Ketika mangsa ditemukan terdapat bersamanya sepasang selipar dan lidi daun kelapa sawit.

“Mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) Batu Pahat dengan ambulans Angkatan Pertahanan Awam (APM),” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, anak mangsa, Sadiah Mohari, 42, melahirkan rasa syukur dengan penemuan semula ibunya itu dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang membantu mencari sepanjang tempoh pencarian.

Katanya, keyakinan ibunya akan ditemui dalam keadaan selamat serta doa yang tidak putus-putus daripada anak-anak serta penduduk kampung akhirnya termakbul.

“Syukur Alhamdulillah, pagi ini kami menerima berita yang dinantikan selama enam hari dan yang paling penting emak ditemui dalam keadaan selamat.

“Ketika ini emak berada di hospital bagi mendapatkan rawatan kerana keadaannya masih lagi lemah dan buat masa ini biarlah dia berehat dahulu,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Painah dilaporkan hilang oleh anaknya apabila tidak pulang ke rumah selepas keluar mencari daun kelapa sawit untuk dijadikan penyapu lidi di kebun kelapa sawit berhampiran rumahnya di Kampung Parit Sayang di sini, Rabu lalu.

Susulan itu, satu pasukan SAR dilancarkan membabitkan 187 anggota pasukan keselamatan terdiri daripada pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Batalion ke 10 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), Angkatan Pertahanan Awam (APM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan penduduk setempat.

Batu Pahat: “Masa jumpa nenek Painah Siwan di lopak air di kebun sawit berkenaan seperti ada satu lembaga sedang menjaganya sebelum hilang selepas dilaungkan azan,” kata Ahli Paranormal, Mohd Fitri Abdul Razak, 32.

Mohd Fitri berjaya menemui wanita warga emas itu kira-kira pada jarak 300 meter di kawasan berkenaan dan kelihatan mangsa seperti batu besar yang berada di tengah-tengah lopak.

Menurutnya, dia seperti diberikan firasat untuk pergi lebih dekat bagi memastikan apa yang dilihatnya itu benar-benar batu atau wanita yang dicarinya itu.

“Selepas lembaga berkenaan hilang, nenek Painah terus rebah sebelum saya dan rakan (dikenali sebagai Jas) mendapatkannya dan memberikan makan kerana kelihatan terlalu lemah.

“Disebabkan tempat nenek itu ditemui berada di kawasan yang berpaya, saya terus mendukungnya ke kawasan lapang dan menyelimutkan badannya menggunakan kain yang kami bawa,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mohd Fitri berkata, sebelum itu dia dan sahabatnya sudah bermalam di kawasan yang dikatakan sebagai tempat terakhir wanita warga emas berkenaan berada.

“Pada waktu malam, kami merasakan ada sesuatu yang aneh kerana selepas hampir dua jam berjalan namun masih berada di tempat yang sama.

“Lebih mengejutkan apabila bangun pagi kami berada di atas tanah lapang sedangkan pada malamnya kawasan tempat berehat penuh dengan pokok renek dan rimbun,” katanya.

Katanya, kejayaan menemukan nenek Painah adalah hasil daripada bantuan Allah apabila setiap langkah pencarian yang dilakukan diiringi dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran termasuk Ayat Kursi.

“Ia juga hasil daripada doa yang tidak putus-putus daripada semua pihak yang terbabit secara langsung mahupun tidak supaya nenek Painah ditemukan,” katanya.

Tonton Video Ketika Dijumpai : SILA KLIK DI SINI

Sumber HM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *