Luna Maya

Enam beranak dikebmikan dalam satu Iiang Iahad dalam suasana sayu dan piIu

Jenazah Siti Aishah Abdullah, 36, yang terkorban dalam tragedi kenderaan pacuan empat roda terhvmban ke dalam Sungai Batang Lupar di Pangkalan Feri Triso, Sebuyau pada Jumaat selamat dikebvmikan di Tanah Perkburan Islam Kampung HuIu di sini pada 6.22 petang Sabtu.

RAKAMAN VIDEO DI BAWAH SEKALI

Selain suaminya, Mohamad Hamzah Razali, pengebvmian jnazah Allahyrham turut dihadiri kaum keluarga dan sahabat handai mereka yang menyedari pasangan itu juga kehiIangan lima anak termasuk bayi lelaki yang baru berusia empat bulan.

Jnazah Siti Aishah bersama lima anaknya iaitu Nor Shuhada Mohamad Hamzah, 16 (perempuan), Khairunnisa, 14 (perempuan), Mohd Aiman, 7, Muhd Mustaqim, 5.

Turut terkrban Mohd Ahmad, 4 bulan yang sebeIum itu talah disembahyangkan di Masjid Bandar Sri Aman sebelum dibawa ke tanah perkburan.

Enam beranak dikebmikan dalam satu Iiang Iahad dalam suasana sayu dan piIu

Selain itu, yang terkorban dalam tragedi itu ialah adik Siti Aishah iaitu Lorna Ting, 33, serta dua anaknya, Alvin Phang, 12, dan Wallace Phang, 7.

Enam beranak dikebmikan dalam satu Iiang Iahad dalam suasana sayu dan piIu

Enam beranak dikebmikan dalam satu Iiang Iahad dalam suasana sayu dan piIu

Difahamkan mayat Lorna serta dua anaknya itu akan dibawa pulang ke Sibu malam Sabtu sejurus selesai proses bedah siasat di Hspital Sri Aman.

Enam beranak dikebmikan dalam satu Iiang Iahad dalam suasana sayu dan piIu

Dalam kejadian 3.30 petang Jumaat, kenderaan pacuan empat roda yang dipandu oleh Lorna telah terhvmban ke dalam Sungai Batang Lupar, di Pangkalan Feri Tris0, kira-kira 100 kilometer dari sini semasa menunggu untuk menaiki feri.

Enam beranak dikebmikan dalam satu Iiang Iahad dalam suasana sayu dan piIu

Mohamad Hamzah Razali, 43, tidak menyangka sikap berkeras isterinya Siti Aishah Abdullah untuk menghantar sendiri dua orang anak mereka kembali ke madrasah pendidikan Islam di Kuching pada Jumaat menjadi petanda akhir pemergiannya.

Siti Aishah, 36, bersama lima anaknya, adalah antara sembilan yang terbunuh selepas kenderaan pacuan empat roda (4WD) yang dinaiki mereka terjatuh ke dalam sungai Batang Lupar di jeti feri Triso, kira-kira 100 kilometer dari sini, semasa berada di jeti berkenaan untuk menaiki feri.

Mohamad Hamzah yang merupakan seorang pendakwah berkata, sudah menjadi kebiasaan bagi beliau bersama isterinya untuk mengambil dan menghantar kedua-dua anak mereka itu, Khairunnisa, 14, dan Nur Syuhada, 16, ke madrasah itu sebelum ini.

“Tapi kali ini dia (Siti Aishah) berkeras untuk bersama-sama adiknya menghantar anak-anak saya balik ke (madrasah) di Kuching dengan memandu dari rumah kami di Kapit,” katanya ketika ditemui media di Hospital Sri Aman di sini pada Sabtu.

Mohd Hamzah berkata, kali terakhir beliau mendapat mesej daripada isterinya melalui WhatsApp selepas solat Jumaat mengatakan dia sudah dalam perjalanan ke Kuching bersama adik ipar dan ahli keluarganya yang lain dalam dua kenderaan.

 

 

“Saya mengetahui kejadian itu selepas ibu mentua saya menelefon kira-kira jam 3.19 petang mengatakan kereta (kenderaan 4WD) yang dinaiki isteri saya jatuh ke dalam sungai,” katanya yang reda dengan pemergian isteri, anak-anak dan adik ipar serta anak saudaranya.

Salam takziah buat keluarga mangsa. Marilah kita bersama-sama sedekahkan Al Fatihah buat kesemua arwah.

Sumber:Bernama, santaikaw.com

Leave a Reply

Your email address will not be published.