Luna Maya

(Terkini) Zul Ariffin dikejarkan ke pusat perubatan Petaling Jaya hari ini disebabkan tekanan darah tinggi

Kuala Lumpur: Pelakon, Zul Ariffin dikejarkan ke pusat perubatan di Petaling Jaya, Selangor kerana mengalami tekanan darah tinggi, pada petang, hari ini.

Pengurus Zul, Afdal Shahizad berkata, keadaan pelakon itu bertambah baik selepas mendapat rawatan doktor dan kini sedang berehat di rumah.

Zul kurang sihat dan dibawa ke hospital kerana mengalami tekanan darah tinggi atau hipertensi. Namun, keadaannya bertambah baik selepas berjumpa doktor dan mendapat rawatan lanjut.

Selepas empat jam dipantau doktor, Zul kini berehat di rumah,” katanya kepada Harian Metro.

Difahamkan, Zul ditahan untuk pemantauan doktor selama empat jam dari jam 4 petang.

Terdahulu, Zul berkongsi hantaran gambar dia terbaring di atas katil hospital sambil mengangkat sebelah tangan kanan.

“Rest jap,” tulisnya ringkas.

Semoga cepat sembuh Zul Ariffin!

Sumber HM

Apa pendapat anda? Sila kongsikan di bahagian komen.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Ya. Anda Juga Boleh Membaca Artikel Menarik Di Bawah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *