Zizan Razak merupakan seorang pelawak yang serba boleh kerana bukan sahaja pandai menghiburkan orang ramai, malah merupakan seorang pelakon, penyanyi dan pengacara yang “berpengaruh”.
Instagramnya sahaja sudah hampir mencecah 8 juta pengikut menjadikan dia selebriti tanah air yang ketiga paling ramai pengikut di Instagram selepas Neelofa dan Datuk Siti Nurhaliza.
RAKAMAN VIDEO DI BAWAH SEKALI
Namun usianya yang kini mencecah 37 tahun membuatkan dia turut tidak terlepas daripada soalan mengenai jodoh. Walaupun pernah bercinta beberapa kali sebelum ini dengan beberapa selebriti, namun jodohnya mungkin belum lagi tiba.
Baru-baru ini, sebuah video mengenai peminat Zizan Razak menjadi viral di aplikasi TikTok gara-gara meminati pelakon Polis Evo itu dan dia mengatakan Zizan Razak belum berkahwin kerana menunggu dirinya.
Jesteru, video santai itu membuatkan ramai tertarik dan mengharapkan Zizan Razak perasan mengenai gadis berkenaan. Ternyata ia sampai ke pengetahuan pelakon popular itu dan memuat naik semula video TikTok itu di ruangan Instagramnya.
“Harini ada jawapan kenapa Zizan tak kahwin lagi??? apa kata anda??,” tulis Zizan Razak.
Video tersebut telah dibanjiri komen dari rakan artis dan peminat, antaranya :
Sudah pasti peminat Zizan pun sudah tak sabar menunggu siapakah bakal jodoh Zizan namun jodoh itu adalah ketentuan ilahi. Harap-harap Zizan dipertemukan jodohnya tak lama lagi, sama-sama kita doakan.
Tonton Video :
"Kenapa Zizan Tak Kahwin Lagi?" pic.twitter.com/6kkkPl7igt
— Viral Malaysia (@ViralMalaysia7) July 30, 2021
Apa pendapat anda? Sila kongsikan di bahagian komen.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Ya. Anda Juga Boleh Membaca Artikel Menarik Di Bawah