Luna Maya

KJ Gesa Presiden UMNO Berundur, Sekali lni Komen Balas Dari Zahid Hamidi Yg Buat Ramai Terkejut

“Terima kasih kepada pengundi Sungai Buloh”.

Demikian kata-kata calon Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaluddin Abu Bakar selepas tewas di Parlimen Sungai Buloh kepada calon Pakatan Harapan (PH), Ramanan Ramakrishnan.

RAKAMAN PENUH ADA DI BAWAH SEKALI

Terdahulu, Parlimen Sungai Buloh menyaksikan pertembungan tujuh penjuru antara PH, BN, Perikatan Nasional, Pejuang, Parti Rakyat Malaysia dan dua calon Bebas.

Ramanan berjaya memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 2,693 undi berbanding Khairy Jamaluddin.

Sebelum ini penyandang kerusi parlimen itu adalah R. Sivarasa mewakili PH pada PRU14.

Ini Komen dari Zahid Hamidi:

SHAH ALAM – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta bekas Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin Abu Bakar untuk bersabar kerana pemilihan parti itu bakal berlangsung tidak sampai enam bulan lagi.

Menerusi komen balas pada hantaran Khairy pada Rabu, Ahmad Zahid menyatakan individu dalam parti itu boleh bertanding bagi mana-mana jawatan.

“Sabar saudara KJ. Tunggu pemilihan (UMNO) tak sampai enam bulan pun.

“Seluruh perwakilan akar umbi UMNO juga sudah tidak sabar mahu mengundi calon pilihan mereka,” katanya pada Rabu.

Khairy pada Selasa dalam satu hantaran di Facebook menempelak beberapa pihak yang mempersoalkan mengapa beliau bertindak mengkritik Ahmad Zahid.

Bekas Ahli Parlimen Rembau itu mengingatkan semula bahawa sejak 2018 lagi, beliau menentang Ahmad Zahid dalam perebutan jawatan nombor satu UMNO.

“Terbaik YB KJ teruskan bersuara demi maruah bangsa, dan ugama, Berani adanya kebenaran
Susah senang bersama party” – Hariah

“Terbaik KJ.. terus bersuara demi maruah bangsa dan ugama. Berani kerana benar .Allah ada” – Sulimah

“Go KJ! We want young and great leader like you. Sangat respect still bersama barisan susah dan senang. Hope you can baiki barisan and jadi salah satu party check and balance yang kuat in Malaysia. Membawa harapan baru pada Malaysia” – Biru

“Terbaik yb KJ…teruskan perjuangan ..nk minta satu ja…nmpak KJ serabai ja jdi minta cukur atau trim jambang dan janggut baru nmpak smart sikit…” – Rohaizat

Tonton Video

Sumber SH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *