Luna Maya

10 Bulan Baru Tahu Suami Bukan Lelaki, Wanita Tampil Dedahkan Mata Sntiasa Ditutup Saat ‘Bersama’

Baru-baru ini, tular sebuah kejadian yang berlaku di Indonesia mengenai seorang wanita bernama Mawar mengenai ‘identiti sebenar’ suaminya. Hal itu selepas dirinya baru menyedari ‘lelaki’ tersebut adalah perempuan selepas 10 bulan mendirikan rumah tangga. Malah, perbuatan individu bernama Erayani berkenaan bagaimanapun terbongkar selepas ibu mentuanya membuat laporan polis.

IKUTI CERITA PENUH DI BAWAH :

Seorang wanita di Jambi, Indonesia nyata terkejut selepas mendapat tahu bahawa ‘suami’ yang dikahwininya selama 10 bulan sebenarnya merupakan seorang perempuan. Mawar (nama samaran), mengetahui hal tersebut apabila dia menjadi saksi mengenai isu pemalsuan sijil ijazah kolej ‘suaminya’ itu.

RAKAMAN VIDEO PENGAKUAN ADA DI BAWAH SEKALI

Menurut Detik, Mawar telah tinggal bersama-sama suaminya lebih kurang 10 bulan. Semasa perbicaraan, Mawar berkata bahawa dia sama sekali tidak mengesyaki suaminya itu merupakan seorang wanita. Malah, dia percaya bahawa suaminya itu merupakan seorang lelaki tulen dan bekerja sebagai doktor.

Mawar kemudian diminta untuk melaksanakan pernikahan tidak berdaftar (nikah siri) oleh wanita itu selepas menerima nasihat daripada keluarga Mawar dan ibu bapa angkat Eryani yang hanya berhubung melalui telefon.

Mawar mengaku bahawa di telah dinikahkan oleh Imam Sarwono yang juga bertindak sebagai wali hakim kerana ayahnya tidak dapat hadir atas faktor kesihatan ketika itu begitu juga dengan ibunya.

Bermakna, kedua ibu bapa Mawar tidak menyaksikan perkahwinan mereka.

Sepanjang perkahwinan itu, Mawar kerap kali bertanya tentang identiti suaminya itu, namun dia sering kali mengelak dan memberi pelbagai alasan untuk menutup identiti sebenarnya.

Mawar juga mengaku bahawa dia tidak pernah berhubung dengan keluarga kandung suaminya. Dia hanya dibawa ke Lahat untuk bertemu dengan ibu bapa angkatnya dan tinggal di sana selama sebulan.

Semasa menumpang di rumah ibu bapa angkat suaminya, Mawar tidak dibenarkan berinteraksi.

Mengenai profesionnya sebagai seorang doktor, Mawar sering bertanya hal itu kepada suaminya, namun suaminya sering saja mengelak dari menjawab pertanyaan itu.

Mawar mengaku bahawa ketika bertemu dengan suaminya, dia bekerja sebagai doktor dan baru sahaja tamat pengajian di sebuah universiti di New York.

Mawar mendapat tahu suaminya itu sebenarnya seorang wanita ketika mereka kembali ke Jambi setelah melarikan diri ke Kabupaten Lahat Sumsel.

Malah ketika itu, ibunya juga telah melaporkan hal tersebut kepada pihak berkuasa atas pemalsuan ijazah yang akhirnya didakwa ke mahkamah di Jambi.

Ketika di Jambi, ibu Mawar memaksa untuk Ahnaf Arrafif atau nama sebenarnya Eryani untuk membuktikan kelamin lantaran sudah mengetahui jantina sebenarnya. Setelah dibuktikan, benarlah bahawa dia sebenarnya seorang wanita dari kelamin yang dia ada.

Start rasa pelik masa malam pertama…selalu ditutup mata saat ‘bersama’

Tambahnya lagi, perasaan curiga mula muncul saat malam pertama selepas selesai menikah. Hal itu kerana matanya sering ditutup dengan kain ketika ingin ‘bersama’ sehingga tidak pernah melihat tubuh ‘lelaki’ tersebut. Malah, individu berkenaan juga gemar berpakaian lengkap selepas selesai mandi.

Sumber: Detik

Leave a Reply

Your email address will not be published.