Luna Maya

Puas menangis lepas diceraikan, wanita segera ‘bangkit’ nikah baru habis iddah

Jodoh dan pertemuan adalah satu rahsia Tuhan yang akan tiba pada waktu yang tepat. Kita juga tidak tahu sampai bila jodoh itu akan berkekalan sama ada sehingga ke hujung nyawa ataupun sekadar persinggahan yang sementara.

RAKAMAN VIDEO ADA DI BAWAH SEKALI

Hal ini samalah seperti perkongsian seorang pengguna TikTok apabila memuat naik kisah hidupnya yang diceraikan sebanyak tiga kali sehingga tepat 29 Julai 2021 dia bergelar ibu tunggal.

Pada awalnya, wanita yang dikenali sebagai nurfatihahardini memaklumkan dia amat sedih namun kesedihan tersebut rupanya sementara kerana habis sahaja tempoh iddah, dia telah berkahwin dengan jejaka yang sudi menerimanya.

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, ramai yang menyokong apa yang dilakukan oleh wanita itu kerana sebagai seorang perempuan, dia juga layak rasa bahagia selepas gagal dalam perkahwinan sebelumnya.

Mereka juga mengakui daripada terus meratap dan menangisi kegagalan dalam rumah tangga lebih baik bangkit serta mencari kebahagian baru yang pasti membuatkan kita lebih gembira.

“3x kena talak…bkn 3x kawin cerai kawin cerai dgn lelaki lain… Jgn duk nmpak slh pmpuan,kdg org pmpuan ni cuba brtahan,bg peluang pd suami,klau dh duk ulang silap sama…baik brpisah cri kbhgiaan baru.. Jodoh ajal maut ni smua dlm tgn Allah swt…Jgn suka sgt pandang rendah org yg kawin cerai ni…jaga je rmhtangga masing2” – Nadia Jusoh

“Bagus anak ni.Jangan meratap lagi..Teruskan berjuang hidup demi diri dan anak. Kuatkan hati. Hindari kata2 negatif. Org lain tak bagi awak duit atau bantu jaga anak awak bila awk memerlukan. Ingat Allah swt selalu dan doa bnyk2 mohon dikurniakan kebahagiaan, rezeki serta kesihatan diri dan keluarga.” – Yahya Mornizan

“Aku pun jadi janda tak lama. Setahun ja, aku sendiri yg cari laki utk dijadikan suami. Alhamdulillah sebab setakat ni pilihan aku tak salah, boleh layan anak-anak aku baik dan bertanggungjawab pun cukup syukur alhamdulillah dah.” – Nur Zahiella

Apa-apa pun, semoga perkahwinan yang terbina kekal hingga ke Jannah dan terus berusaha menjadi lebih baik serta bahagia bersama pasangan yang ikhlas mencintai kita.

Tonton Video : SILA KLIK DI SINI

Sumber: TikTok nurfatihahardini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *