Luna Maya

Wanita yg Menggun4kan waze lalv sesat, bomba datang untvk selamatkan

JENJAROM – Gara-gara terlalu mengikut aplikasi navigasi Waze untuk ke lokasi dituju, seorang wanita tersesat dalam sebuah ladang kelapa sawit, di sini semalam.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor berkata, pihaknya menerima panggilan memaklumkan kejadian pada jam 8.36 pagi .

Menurutnya, sepasukan anggota ke lokasi untuk mencari mangsa yang sesat di Bandar Saujana Putra, di sini.

“Bomba terima laporan seorang wanita berusia lingkungan 30-an menaiki kereta jenis Nissan Almera tersesat dalam ladang kelapa sawit selepas guna aplikasi navigasi Waze

“Mangsa ditemui dalam keadaan selamat dan dibawa keluar dari ladang tersebut,” katanya.

Difahamkan, anggota bomba turut membantu mengeluarkan tayar kereta mangsa yang gagal bergerak terperangkap dalam selut tanah merah. Sumber Artikel: Sinar Harian

Wanita Ini Pandu Keretanya Masuk Tasik Kerana Terlalu Percayakan GPS

Wanita yang menggunakan waze lalu sesat, Bomba Datang Untuk Selamatkan

Sistem global positioning system(GPS) dan aplikasi jalan seperti Waze atau Google Maps tidaklah 100 peratus tepat. Kadangkala ada saja jalan yang salah yang aplikasi ini tunjuk kepada kita.

Kerana terlalu percayakan sistem GPS keretanya, seorang wanita di Ontario, Canada memandu keretanya terus ke dalam tasik. Biasanya jalan itu digunakan untuk menunda kapal tetapi sistem GPS mungkin menganggap jalan itu sebagai jalan raya.

Menurut Canadian Press, wanita itu memandu di waktu malam yang berkabus dan disebabkan jarak penglihatan yang terbatas, beliau berharap sahaja kepada GPS kereta miliknya untuk menunjuk arah. Statement nak cover malu rasanya.

Jadi, anda pun berhati-hati di jalan raya ya?

Wanita yang menggunakan waze lalu sesat, Bomba Datang Untuk Selamatkan

Banyak lagi kisah kisah tentang WAZE ni, tapi kalau sampai masuk dalam tasik ni agak pelik la.. dia bawa kereta tak tengok depan ke apa?

Hati hati la geng .. zaman dulu takde waze takde pun masuk dalam tasik atau masuk dalam ladang kelapa sawit. huhu!

Netizen turut kongsi pengalaman sama!

waze bawa saya ikut jalan kampung kecil di lereng bukit

Hahahah sy pnah jgk..msuk ldang kelapa swit..dh la bwak rombongan pgantin..pakat sesat msuk skali..smua slah waze..malu woiiii..hahahah

Saya dah kena… Masuk kelapa sawit.. Pgalaman Ngeri..

Saya pernah guna waze. Memang merapu Jalan yang di bagi. Sekarang guna Gugle lagi senang

Ha ramai sebenarnya yang pernah terkena dengan waze ni. Apa pengalaman anda pula? jika pernah terkena nasib yang sama cuba kongsikan dengan kami!

Pihak Bulletin Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman social ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Ya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *