Luna Maya

Video: Dia muncul cari Tennteraa bawang Malaysia lagi! Kali ni tanya mana Malaysia lps mereka capai kdudukan 36 di Olimpik

Meskipun hanya mendapat satu pingat gangsa setakat ini dalam Sukan Olimpik Tokyo 2020, semangat kesukanan di kalangan atlet Malaysia amatlah membanggakan.

RAKAMAN VIDEO DI BAWAH SEKALI

Rata-rata rakyat Malaysia pun tidaklah kecewa malah tak sabar menantikan atlet kita bersaing dalam acara-acara sukan lain yang akan diadakan tidak lama lagi.

Walau bagaimanapun, nampaknya pungutan pingat negara kita telah menjadi topik ‘ejekan’ bagi satu influencer di Israel apabila dia bertanyakan di mana agaknya Malaysia berada dalam tangga carta pingat Sukan Olimpik.

Menerusi perkongsian Emily Schrader di Twitter, dia telah memuat naik satu video Tiktok memberitahu bahawa negaranya kini berada di tangga 36 manakala Malaysia pula di tangga 70. Jauh ketinggalan di belakang mereka.

“Perangai kebudak-budakan betul” 

Meskipun Emily menutup bahagian komen kerana tidak mahu postingnya dibanjiri komen dari rakyat Malaysia, rata-rata dari netizen telah quote tweet tersebut dan menyatakan rasa tidak puas hati mereka dengan TikTok itu.

Menurut netizen, tindakan Emily sangatlah kebudak-budakan dan hanya mempamerkan sikapnya yang sangat obses dengan Malaysia.

Mari kita semua doakan semoga atlet negara kita beroleh kejayaan dan mendapat pingat buat negara. Kata-kata yang tak penting tu kita abaikan je. 

Sebelum ini pada hari kedua bermuanya temasya sukan Olimpik,

Aktivis Ini Perlekeh Malaysia Lepas Isra3l Raih Pingat Pertama Olimpik 2020 

Beberapa bulan lalu, rakyat Malaysia melakukan serangan siber ke atas warga Isra3l selepas mereka menyerang penduduk Palestin dengan kejam dan tidak berperikemanusiaan.

Terbaharu, warganet Malaysia sekali lagi ‘menyerang’ warga Isra3l selepas seorang aktivis memperlekeh Malaysia yang masih belum meraih sebarang pingat di Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Kenyataan tersebut dikeluarkan aktivis tersebut dalam satu ciapan di Twitter. Ironinya, perbandingan ini dilakukan selepas baru sehari Sukan Olimpik Tokyo 2020 berlangsung. Untuk rekod, Isra3l meraih pingat gangsa menerusi sukan taekwando wanita bawah 49kg.

Tidak cukup dengan itu, seorang wanita Isra3l yang sebelum ini pernah ‘berperang’ dengan warganet Malaysia membalas ciapan tersebut dengan mengatakan warga Malaysia ‘koyak’.

Ciapan aktivis ini menarik perhatian warganet Malaysia, yang rata-ratanya beranggapan mereka masih terkesan dengan s3rangan siber rakyat Malaysia tempoh hari.

Malah, ramai yang membalas dengan mengatakan negara Isra3l tidak sepatutnya bertanding di Olimpik 2020 kerana mereka tidak wujud di dalam peta.

Antara Komen Netizen

“such a L0ser”

“sorry but who are you?”

“hanya layak dapat pingat emas mmbnuh org”

Untuk rekod, pada Sukan Olimpik Rio 2016 sebelum ini, Malaysia berada di tangga ke-60, manakala Isra3l berada di tangga ke-77.

Tonton Video :

 

Sumber LobakMerah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *