Luna Maya

Wanita genit selamat bersalin bayi sulung – “Siapa belum ada rezeki, sabar..”

Wanita bertubuh genit, Syakila Norazma­ yang pernah tular di media sosial sebelum ini selamat melahirkan cahaya mata lelaki dipercayai di sebuah hospital di Terengganu, tengah hari semalam.

RAKAMAN VIDEO BAYI COMEL DI BAWAH SEKALI

Menerusi perkongsian video di aplikasi TikTok, wanita yang mesra disapa Yaya itu meluahkan rasa syukur apabila proses kelahiran bayi sulung seberat 2.35 kilogram (kg) itu berjalan dengan lancar.

Video berdurasi 17 saat tersebut memaparkan kompilasi foto dan video ‘sweet’ Syakila bersama suaminya Muhammad serta bunyi tangisan anak mereka yang belum didedahkan wajahnya.

Meninjau ke ruangan komen, video meraih 105,200 tontonan itu dihujani komen warganet yang mengucapkan tahniah atas kurniaan zuriat tersebut selain selamat menjalani proses berpantang.

Terdahulu, kisah Yaya menjadi perhatian netizen apabila menyifatkan suaminya yang berusia 20 tahun itu dipuji kerana tidak memandang rupa paras atau keadaan fizikal wanita berkenaan.

Difahamkan, mereka berkenalan menerusi permainan secara dalam talian selepas beberapa bulan mengenali hati budi masing-masing.

Sumber: Ohmymedia, TikTok @buyahhh , Instagram @buyaaaa

Leave a Reply

Your email address will not be published.